Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah tumpu projek pembanguna­n, enggan terjebak dengan politik remeh

-

BINTANGOR: Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol enggan terjebak dengan politik remeh kerana ingin memberi tumpuan terhadap pembanguna­n kawasannya - Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop.

Menurutnya, beliau mesti bekerja gigih memperoleh­i dana yang cukup bagi melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan yang merangkumi 50 rumah panjang dan 20 kampung.

“Saya tidak akan menjanjika­n sesuatu hanya kerana ingin popular tetapi tidak dapat ditunaikan. Biar rakyat sendiri menilai sama ada wakil rakyat benar-benar jujur dan ikhlas ingin bekerja demi kebajikan dan kesejahter­aan masyarakat diwakili,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘Aram Bergempuru, Selidap’ anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Michael Tendang dengan kerjasama Pusat Khidmat N.42 Semop di Selidap, dekat sini, semalam.

Abdullah berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg banyak menggunaka­n peruntukan kerajaan negeri bagi melaksanak­an program pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar.

“Anak Sarawak mesti yakin dan percaya kepada kepimpinan anak negeri sendiri dalam menentukan hala tuju pembanguna­n negeri.

“Keberanian empat parti asalSarawa­k(PBB,PRS,SUPP dan PDP) keluar daripada BN ialah kerana ingin lebih tegas dalam mempertaha­nkan hak serta kepentinga­n negeri,” jelasnya.

Beliau turut menyeru agar menolak politik perkauman dan mengekalka­n keharmonia­n kaum dan agama di Sarawak.

Pada majlis sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab berkata pembanguna­n Sarawak banyak bergantung dengan dana negeri kerana Belanjawan Persekutua­n 2020 tidak mencukupi.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji, malahan keadaan ekonomi negara semakin runcing sejak parti itu mengambil alih pentadbira­n kerajaan persekutua­n.

Beliau beriltizam akan terus bersuara di Parlimen untuk mengingatk­an kerajaan persekutua­n tentang tanggungja­wab mereka dalam memberi peruntukan pembanguna­n yang adil kepada kerajaan negeri.

“Amat penting bagi warga Sarawak untuk terus bersatu mempertaha­nkan hak serta kepentinga­n negeri,” tegasnya.

Program yang dihadiri kira-kira 250 orang dari enam rumah panjang di Telok Pajar, Selidap itu diadakan dengan tujuan mengeratka­n hubungan dan kerjasama antara kepimpinan JKKK serta penduduk dengan wakil rakyat.

Ia juga merupakan platform bagi wakil rakyat menyampaik­an mesej dan polisi pembanguna­n Kerajaan Sarawak.

Pada majlis itu juga, Abdullah dan Yusuf menyaksika­n penyerahan projek Membina dan Menaik Taraf Jalan Menuju ke Telok Pajar yang menggunaka­n dana Projek Transforma­si Desa ADUN Semop kepada Tuai Rumah Michael Tandan.

Abdullah turut menyampaik­ansumbanga­nRM10,900 kepada enam JKKK rumah panjang merangkumi Rumah Michael Tandang, Rumah Nicholas Abu Leman, Rumah Anggi, Rh Baja, Rumah Michael Rima dan Rumah Peter Kelas. Yusuf turut menyampaik­an sumbangan RM5,450 kepada enam JKKK sama.

Bagi tujuan pembelian kerusi plastik kegunaan Dewan Serbaguna Pemanca Legak, Abdullah memberi peruntukan RM3,350.

Mereka berdua juga akan merancang dan meneliti permohonan berkenaan benteng sungai, pendawaian elektrik, membaik pulih rumah panjang dan membaik pulih jeti.

Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong Baijuri Bidin, Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Amoi, Penghulu Abas Banyi dan Tuai Rumah Nicholas Abu Leman, Anggi, Baja, Michael Rima dan Peter Kelas.

 ??  ?? PROJEK SIAP: Abdullah dan Yusuf menyaksika­n penyerahan sijil projek siap bagi Membina dan Menaik Taraf Jalan Menuju ke Telok Pajar kepada Michael.
PROJEK SIAP: Abdullah dan Yusuf menyaksika­n penyerahan sijil projek siap bagi Membina dan Menaik Taraf Jalan Menuju ke Telok Pajar kepada Michael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia