Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Robert Tugang sudah seminggu terjejas bekalan air

-

SUAI: Penduduk di Rumah Robert Tugang, Jambatan Hulu Suai melahirkan kekesalan terhadap pihak bertanggun­gjawab kerana tidak mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah bekalan air yang kerap melanda kawasan berkenaan sejak seminggu lalu.

Buat masa sekarang, penduduk di rumah panjang yang dihuni 134 keluarga itu terpaksa bergantung kepada air hujan bagi tujuan memasak dan membasuh pakaian.

Salah seorang penduduk rumah panjang Asang Akup, 52, masalah yang sudah berlarutan selama seminggu ini menimbulka­n kesulitan buat penduduk rumah panjang.

“Buat masa sekarang, ratarata penduduk bergantung kepada air hujan untuk memasak serta bekalan minuman, tetapi untuk mandi, penduduk kampung terpaksa mandi ke Sungai Suai yang seakan-akan tidak selamat untuk digunakan ekoran pencemaran akibat kegiatan ekonomi, “ujarnya.

Tambahan pula katanya, Sungai Suai dihuni banyak buaya yang boleh mendatangk­an ancaman buat penduduk.

Oleh sebab itu ujarnya, beliau berharap agar pihak berwajip memperbaik­i semula berkaitan bekalan air terawat yang terputus di kawasan Rumah Tugang serta kawasan berdekatan yang lain.

“Masalah ini berlarutan sejak lebih lima tahun lepas dan seakan-akan tiadak kesudahann­ya hingga sekarang,” ujarnya dengan nada kesal.

Perkara ini jelasnya, sudah diajukan kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) namun belum ada tindakan sampai sekarang.

Justeru itu tegasnya, pihak berwajip harus mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini bagi memastikan penduduk mendapat perkhidmat­an bekalan air bersih yang lancar tanpa perlu berlarutan sehingga seminggu seperti yang berlaku sekarang.

 ??  ?? MOHON SELESAIKAN: Asang menunjukka­n paip yang tidak mengeluark­an air sejak seminggu lepas.
MOHON SELESAIKAN: Asang menunjukka­n paip yang tidak mengeluark­an air sejak seminggu lepas.
 ??  ?? HAMPIR HABIS: Stok bekalan air hujan yang hanya mencukupi untuk memasak.
HAMPIR HABIS: Stok bekalan air hujan yang hanya mencukupi untuk memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia