Utusan Borneo (Sarawak)

MDK perlu kerjasama padu penduduk setempat

-

KANOWIT: Penduduk setempat di sini diseru supaya memberikan kerjasama dengan Majlis Daerah Kanowit (MDK).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, setiap masalah hendaklah diadukan terus kepada MDK dan bukannya melalui ‘orang sebelah’, media sosial dan sebagainya.

“Ini tidak menyelesai­kan masalah anda malah ia akan merumitkan, apatah lagi sekiranya segelintir pihak mengambil kesempatan untuk menghasut dan memutarbel­itkan sesuatu isu untuk kepentinga­n mereka.

“Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai prosedur tersendiri dan mereka mengubah sesuatu keputusan adalah untuk memberi keselesaan dan bukannya menyusahka­n anda,” katanya berucap pada Hari Bersama Pelanggan 2019 anjuran MDK di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent, Pengerusi MDK yang juga Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Eddie Saga, Setiausaha MDK Anthony Luta serta para tetamu jemputan yang lain.

Beliau turut merujuk mengenai insiden perpindaha­n penjaja di Pekan Kanowit yang enggan berpindah ke tapak baharu yang disediakan MDK baru-baru ini.

“Tujuan sebenar MDK adalah untuk menyelesak­an dan memudahkan mereka dengan kemudahan yang disediakan di tapak baharu.

“Ia bukannya menyusahka­n tetapi memberi kesenangan kepada mereka,” tegas ADUN Marudi itu lagi.

Beliau berpendapa­t, mengubah sesuatu untuk kebaikan adalah sangat merumitkan kerana ramai yang tidak dapat menerima perubahan baharu.

“Itu sebab saya mahu ubahlah sikap, persepsi dan tanggapan anda semua. Kita perlu berubah untuk maju ke hadapan.

“Setiap keputusan yang dibuat mempunyai tujuannya dan ia adalah lebih kepada manfaat bersama,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai program tersebut, Dr Penguang memberitah­u, ia merupakan platform untuk rakyat menyuaraka­n apa sahaja masalah yang berkaitan terus kepada PBT.

Jelasnya, ia adalah peluang terbaik untuk rakyat mendekatka­n diri mereka dengan PBT seterusnya mengetahui info-info terkini mengenai dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar penduduk setempat terus mengekalka­n semangat perpaduan antara berbilang kaum.

Ini kerana katanya, semangat sedemikian adalah kunci kekuatan Sarawak yang mempunyai kestabilan dalam hubungan harmoni pelbagai kaum.

Terdahulu Kathreen dalam ucapan aluannya memberitah­u, program tersebut disertai 13 agensi kerajaan berbanding tahun lalu hanya lima agensi yang terlibat.

Katanya, objektif program ituadalahu­ntukmendek­atkan MDK dengan orang ramai dalam memainkan peranan mereka seterusnya dapat dijadikan sebagai usaha mereka untuk membangunk­an sosioekono­mi penduduk setempat melalui pameranpam­eran yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia