Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan baik BPHB, pengamal media perlu diperkukuh

Jalinan yang terbina diharap berpanjang­an dalam membentuk pembanguna­n yang lebih bermakna: Mohammad Medan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Dalam konteks syarikat, media bertindak sebagai penghubung yang mendekatka­n syarikat dengan komuniti di sekitar Bintulu dan Sarawak amnya.

Dato Mohammad Medan Abdullah

BINTULU: Hubungan baik antara syarikat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan pengamal-pengamal media perlu terus diperkukuh supaya maklumat mengenai syarikat dapat disebarkan dengan betul dan tepat, sekali gus apa juga masalah yang mungkin timbul dapat difahami antara kedua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, tanpa media massa adalah sukar untuk Bintulu Port memainkan peranannya sebagai pemangkin industri yang menyumbang kepada sosio ekonomi di negeri dan negara ini.

Katanya, adalah menjadi harapan beliau agar hubungan baik yang telah terbina dan terjalin itu dapat kekal berpanjang­an dalam mengisi peranan masing-masing membentuk pembanguna­n negara yang lebih bermakna dan menjanjika­n kemakmuran.

“Penganjura­n majlis ini merupakan inisiatif syarikat bagi meraikan dan mengiktira­f kerjasama dan sumbangan pihak media yang selama ini telah banyak membantu dalam menyebarlu­as liputan dan publisiti mengenai Bintulu Port Holdings Berhad,” ujarnya berucap pada Majlis Makan Malam Bersama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB

Media bertemakan ‘Stylo Stylista’ di Ruby Hall, Hotel Promenade di sini, malam kelmarin.

“Saya berasa cukup bertuah diberikan kesempatan untuk bersama dengan ‘keluarga’ pengamal media dalam majlis yang amat bermakna yang bertemakan ‘Stylo Stylista’ pada malam ini yang pada masa sama sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamany­a terhadap program, aktiviti dan tanggungja­wab sosial korporat(CSR) yang dijalankan oleh pihak syarikat,” tambahnya.

Beliau berkata, tiada siapa boleh menafikan peranan wartawan dan media massa dalam pembanguna­n dan pemodenan negara memandangk­an melalui penulisan mereka, dapat mengubah pemikiran masyarakat malah kekuatan yang ada pada ketajaman penulisan mereka boleh menjatuhka­n atau membangunk­an sesebuah negara.

“Betullah seperti kata pepatah ‘mata pena lebih tajam dari mata pedang’.

“Dalam konteks syarikat, media bertindak sebagai penghubung yang mendekatka­n syarikat dengan komuniti di sekitar Bintulu dan Sarawak amnya,” katanya.

Menurutnya, perkembang­an pesat rangkaian telekomuni­kasi global dan ledakan teknologi maklumat masa kini amat ketara dirasai setelah dunia melangkah masuk ke abad baharu.

Jelasnya, fenomena globalisas­i telah mendedahka­n masyarakat kepada suatu revolusi maklumat yang melangkaui sempadan sehingga mampu mengubah dan mencorak sistem pentadbira­n dunia dan budaya masyarakat global ditambah pula dengan industri media cetak, elektronik dan media sosial yang kian berkembang.

“Media massa menjadi pelengkap kepada rangkaian komunikasi hari ini bahkan Internet dan media sosial juga sudah diiktiraf sebagai satu sumber penting dalam pengumpula­n dan penyebaran maklumat.

“Pada masa yang sama, tidak ada sesiapa yang dapat menafikan kuasa yang ada pada media massa sebagai sebuah institusi sosial yang menjadi penghubung antara syarikat dan komuniti luar serta kuasa media massa sesungguhn­ya amat besar terutama dalam membentuk pemikiran sesebuah masyarakat,” katanya.

Mohammad Medan berkata, dalam berdepan dengan segala cabaran pada hari ini apa yang paling penting dan paling asas adalah untuk terus membina, memelihara dan memupuk jalinan kerjasama yang baik antara syarikat dengan media massa.

“Saya percaya, melalui hubungan simbiotik di antara syarikat dan media massa akan dapat membantu me-lahirkan pasukan komunikasi dalam kalangan organisasi yang lebih cekap dalam mengendali­kan maklumat,” katanya.

Justeru katanya, majlis malam ini merupakan apresiasi syarikat terhadap sumbangan pihak media berdasarka­n kualiti dan impak positif pelaporan berita, editorial, advertoria­l, rangkuman isu serta gambar program Bintulu Port yang telah berjaya dilaksanak­an.

“Saya menzahirka­n rasa bangga dan berterima kasih atas segala kerjasama pihak media selama ini sekali gus berharap agar hubungan baik dan erat ini akan berkekalan dan terus dipertingk­at memandangk­an syarikat amat menghargai segala publisiti yang telah diberikan secara langsung dan tidak langsung oleh pihak media dalam usaha kami menuju ke arah ‘A World Class Port Operator’,” katanya.

Dalam pada itu, Rudy Jaya yang mewakili Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Bintulu Pauline Sating berkata, para pengamal media di sini amat menghargai dan berterima kasih kepada BPHB yang menganjurk­an majlis itu sekali gus berharap kolaborati­f antara media dan BPHB terus diperkukuh­kan sebagai rakan strategik dalam menyebarka­n maklumat sahih dan tepat berkenaan syarikat itu.

“Maklumat berita yang tidak tepat akan menjejas imej bukan sahaja kepada organisasi media itu sendiri bahkan agensi yang dilaporkan namun media amat penting sebagai organisasi penyebar maklumat berkenaan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Justeru beliau berharap syarikat BPHB akan terus maju serta disegani dalam kepakarann­ya sebagai pengendali pelabuhan bukan sahaja di Sarawak dan Malaysia bahkan di peringkat antarabang­sa serta sebagai contoh kepada agensi luar yang lain.

Hadir di majlis itu Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB)Matshalleh Mohd Etli, Pengurus Kanan Perkhidmat­an Korporat Kumpulan BPHB merangkap pengerusi penganjur Maslihah Tioh, penguruspe­ngurus serta pegawaipeg­awai kanan BPHB dan pengamal-pengamal media.

 ??  ?? DIHARGAI: Pengamal-pengamal media di Bintulu merakamkan gambar kenangan bersama Mohammad Medan (duduk, tengah) dan isteri serta pengurus, pegawai kanan dan kakitangan BPHB.
DIHARGAI: Pengamal-pengamal media di Bintulu merakamkan gambar kenangan bersama Mohammad Medan (duduk, tengah) dan isteri serta pengurus, pegawai kanan dan kakitangan BPHB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia