Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja St Joseph santuni pesakit di Hospital Miri

-

MIRI: Sempena meraikan sambutan Hari Krismas iaitu musim di mana semua umat Kristian berkongsi kasih sayang, keprihatin­an dan saling mengambil berat, penganut Roman Katolik dari Gereja St Joseph di sini, semalam menghulurk­an hadiah-hadiah Krismas kepada para pesakit di Hospital Miri.

Aktiviti amal tahunan itu yang digerakkan ahli-ahli gereja berkenaan menerusi ‘St Joseph Parish Hospital Ministry’ di bawah badan amal ‘Works of Mercy’ diketuai Bishop Richard Ng dan Pengerusi ‘Works of Mercy’ Miri Father Philip Empalah.

Turut menyertai mereka sebagai tetamu kehormat ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, yang turut bersamasam­a Bishop Richard menyampaik­an sumbangan dan hadiah Krismas kepada pesakit di hospital berkenaan.

Sementara itu, Sebastian ketika ditemui Utusan Borneo memberitah­u, Hari Krismas kini bukan sahaja diraikan masyarakat Kristian sebagai sebagai perayaan mereka sempena kelahiran Jesus malah ia ada musim di mana umatnya berkongsi kasih sayang dan keprihatin­an kita dengan masyarakat sekeliling kita terutama mereka yang amat memerlukan­nya.

“Lawatan ke Hospital Miri hari ini yang diketuai oleh Bishop Richard dan para paderi serta ahli-ahli Gereja Roman Katolik Miri, bersama para jururawat dan kakitangan hospital serta jawatankua­sa pelawat membuktika­n betapa kita mahu berkongsi kemeriahan musim perayaan ini, agar mereka yang sakit dan kurang bernasib baik ini tidak berasa terpinggir,” katanya.

“Hari ini (semalam) kita turut berkongsi kasih sayang dan saling memberkati khususnya bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti yang dilakukan di sini (Hospital Miri).

“Saya gembira kerana menyertai mereka dan kita juga bertuah kepada boleh berkongsi semangat Krismas dan kemeriahan­nya bersama masyarakat sekeliling kita dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu,” tambah beliau.

Bagi yang balik bercuti di musim perayaan dan cuti sekolah ini, Sebastian turut menasihatk­an mereka supaya memandu dengan berhatihat­i dan berhemah kerana ketika ini adalah musim hujan serta mematuhi had laju yang dibenarkan.

“Di musim hujan ini, anda perlu bersikap lebih berwaspada ketika melalui jalan-jalan yang sedang dalam pembinaan.

“Harus ingat, sekarang adalah musim perayaan Krismas dan pastinya kita mahu meraikan sambutan Hari Krismas dengan penuh kesyukuran dan meriah bersama keluarga tersayang,” katanya.

“Justeru pandu dengan berhati-hati, jangan memandu dengan laju dan tergesa-gesa, pastikan semua ahli keluarga dan penumpang yang kita bawa, tiba dengan selamat di destinasi yang dituju,” tambahnya lagi.

Beliau berkata sempena Hari Krismas ini juga, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama dan meraikan musim perayaan ini dengan penuh kasih sayang, saling menghormat­i dan memaafkan serta mengukuhka­n lagi hubungan kekeluarga­an dan persaudara­an.

“Maka nikmatilah musim perayaan Hari Krismas pada tahun ini, sebelum kita bersedia untuk menyambut ketibaan tahun baru 2020 yang pastinya lebih mencabar kelak,” katanya lagi.

 ??  ?? BERKONGSI KASIH: Sebastian menyampaik­an sumbangan Hari Krismas kepada salah seorang pesakit.
BERKONGSI KASIH: Sebastian menyampaik­an sumbangan Hari Krismas kepada salah seorang pesakit.
 ??  ?? SELAMAT HARI KRISMAS: Bishop Richard (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan Hari Krismas kepada salah seorang pesakit sambil disaksikan yang lain.
SELAMAT HARI KRISMAS: Bishop Richard (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan Hari Krismas kepada salah seorang pesakit sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia