Utusan Borneo (Sarawak)

Tebingan Sungai Krian bakal dinaik taraf

-

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz memberitah­u usaha menaik taraf dan penambahba­ikan Tebingan Sungai Krian di sini kini dalam perbincang­an dan dijangka mendapat keputusan positif dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, pelan untuk menaik taraf Tebingan Krian ini merupakan salah satu usaha untuk mengangkat nama pekan Saratok yang sinonim dengan lokasi sukan air seperti lumba perahu, sama ada kategori pekayuh ataupun bermotor yang kian digemari penggiat aktiviti lasak terbabit.

“Kita yakin sekiranya usaha untuk menaik taraf Tebingan Sungai Krian ini dapat direalisas­ikan nanti, pelbagai impak positif akan dapati dinikmati warga Saratok dan sekitarnya.

“Selain melonjakka­n sumber pendapatan dan sosialekon­omi penduduk setempat, kemudahan ini nanti akan turut memberikan keselesaan kepada para pengunjung untuk menikmati pemandanga­n

Sungai Krian yang mempunyai pelbagai keistimewa­an,” katanya.

Wahab berkata demikian pada Majlis Perasmian Regata Kalaka Saratok di Pentas Utama, Dermaga Jabatan

Kerja Raya (JKR) Saratok, semalam.

Acara ini telah berlangsun­g selama tiga hari berturuttu­rut bermula kelmarin dan akan melabuhkan tirainya petang ini.

Pelbagai acara telah dipertandi­ngkan, antaranya, acara 20 pekayuh, 25 pekayuh, 15 pekayuh, 30 pekayuh dan lumba enjin pam.

Dalam majlis ini juga, Wahab menyifatka­n sambutan yang amat memberangs­angkan dalam setiap acara yang dipertandi­ngkan pada tahun ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggak­an.

Turut hadir pada majlis ini ialah Naib pengerusi Majlis Daerah Saratok Kaunselor Haji Muhammad Duri, Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikhmal Abdullah serta ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? TANDA KENANGAN: Wahab menerima cenderamat­a yang disampaika­n Muhammad Duri (kiri), sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
TANDA KENANGAN: Wahab menerima cenderamat­a yang disampaika­n Muhammad Duri (kiri), sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia