Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sarikei giat pantau kawasan berisiko banjir

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang juruwang kedai didenda RM1,800 atau penjara 45 hari sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin akibat membeli tiga tiket loteri haram pada 17 Ogos lalu.

Jenny Eu Siew Kion, 34, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Justeru, Majistret Afidah Abdul Rahman menetapkan agar wanita terbabit didenda RM600 atau 15 hari penjara bagi setiap pertuduhan itu.

Tertuduh yang beralamat di Bintulu itu melakukan kesalahan terbabit pada jam 5.20 petang, di sebuah kedai di Jalan Datuk Mohd Musa.

Tertuduh melalui peguamnya, Lim Lian Kee memohon agar tidak dikenakan denda berat memandangk­an dia merupakan pesalah kali pertama, selain menyatakan bahawa tiada kedai atau syarikat loteri yang berlesen di Kota Samarahan.

SARIKEI: Berikutan cuaca hujan dengan pertembung­an air pasang penuh sejak Rabu lepas, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei terus mengadakan pemantauan rapi terutama di kawasan-kawasan yang berisiko banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, langkah ini amat penting dalam memastikan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir dapat diselamatk­an dengan segera sekiranya keadaan menjadi lebih buruk.

“Pihak kita telah mengarahka­n anggota yang bertugas untuk melakukan pemantauan kadar kenaikan air pada sepanjang masa terutama bila hujan lebat turun dan masa pertembung­an air pasang.

“Hingga setakat ini, keadaan masih lagi selamat dan pertembung­an air pasang dengan kadar hujan yang turun masih lagi berada pada tahap yang selamat.

“Berdasarka­n pemantau yang telah dilakukan kita hingga setakat ini terutamany­a pada sebelah petang iaitu sekitar jam 6 hingga 9 malam, ketika air pasang berlaku, kadar limpahan air masih lagi berada pada tahap selamat khususnya di kawasan yang agak rendah,” katanya di sini, semalam.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama dan fokus pemantau banjir oleh anggota bomba ialah di sekitar tebing Sungai Nyelong dan Batang Rajang.

Mahmudin turut menasihatk­an penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air agar sentiasa berwaspada.

“Langkah ini amat penting dalam memastikan keselamata­n nyawa mereka.

“Dalam masa yang sama, kita berharap agar mereka dapat menyimpan segala dokumen penting di tempat yang selamat dan menghubung­i pihak bomba dengan segera sekiranya timbul situasi kecemasan,” tegas Mahmudin lagi.

 ??  ?? BERSEDIA: Anggota bomba bertugas sedang melakukan pemantauan semasa berkaitan dengan risiko banjir di sepanjang tebing Batang Rajang dan Sungai Nyelong, semalam.
BERSEDIA: Anggota bomba bertugas sedang melakukan pemantauan semasa berkaitan dengan risiko banjir di sepanjang tebing Batang Rajang dan Sungai Nyelong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia