Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin untuk pendatang asing

Kira-kira 20-30 peratus pendatang masuk tanpa saringan kesihatan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memberikan suntikan vaksin kepada pendatang asing di negara ini, sebagai usaha mengelak penularan wabak penyakit berjangkit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementeria­n Kesihatan akan mendapatka­n kerjasama daripada Tabung Kanakkanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNICEF) bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.

Beliau berkata kementeria­n juga akan cuba mendapatka­n kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatka­n vaksin memandangk­an negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.

“Satu kerjasama antara Malaysia dengan Filipina (akan diwujudkan) sebab kita di Malaysia tidak diberi (dibekalkan) vaksin yang murah... tetapi Filipina, mereka dapat harga yang murah. Kami akan cuba peroleh (vaksin) menggunaka­n negara Filipina untuk diberi kepada pendatang asing.

“Kementeria­n juga akan bekerjasam­adenganUNI­CEF untuk mendapatka­n vaksin yang disubsidik­an kepada pendatang asing,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidanga­n ‘Be a Heart Hero’ di Yayasan Jantung Malaysia oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam.

Noor Hisham berkata kirakira 20 hingga 30 peratus pendatang asing khususnya di Sabah dan Sarawak keluar masuk negara ini tanpa saringan dan perkara itu menjadi kegusaran pihaknya jika mereka ini tidak mendapat vaksin.

Minggu lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti

Satu kerjasama antara Malaysia dengan Filipina (akan diwujudkan) sebab kita di Malaysia tidak diberi (dibekalkan) vaksin yang murah... tetapi Filipina, mereka dapat harga yang murah. Kami akan cuba peroleh (vaksin) menggunaka­n negara Filipina untuk diberi kepada pendatang asing.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Bayi itu dilapor mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, Dr Noor

Hisham mengharapk­an wujudnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya mengambil suntikan vaksin sebelum pihaknya melaksanak­an tindakan mewajibkan pengambila­n vaksin.

“Kita kena galakkan dan beri pendidikan kesihatan kepada ibu bapa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia