Utusan Borneo (Sarawak)

11,000 rawatan PCI direkod setiap tahun

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,000 rawatan Percutaneo­us Coronary Interventi­on (PCI) kepada pesakit jantung koronari direkod setiap tahun dan ia dianggap berada pada tahap yang serius, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee berkata jumlah itu dicatatkan di Institut Jantung Negara (IJN) serta hospital di bawah Kementeria­n Kesihatan, antaranya Hospital Serdang, Selangor dan Hospital Pulau Pinang.

Jelasnya, setiap hari secara purata sebanyak 30 kes penyakit jantung dirawat di hospital kerajaan.

Dalam pada itu, Dr Lee berkata sehingga kini 3.7 juta pesakit telah mendapatka­n rawatan di IJN sejak 1992.

“Jumlah itu bukan setakat warganegar­a sahaja, tapi ada juga warga asing yang datang mendapatka­n rawatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n ‘Be a Heart Hero’ di Yayasan Jantung Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Dalam perkembang­an lain, Dr Lee berkata sehingga kini belum ada saman dikeluarka­n ke atas restoran dan kedai makan tidak berhawa dingin yang gagal mematuhi larangan merokok yang dikuat kuasa awal Januari lepas.

“Sepanjang setahun ini, apa yang kami buat ialah sebagai ‘educationa­l enforcemen­t’ yang lebih menekankan kepada pendidikan berbanding saman.

“Kita memerlukan masa untuk memberitah­u kepada orang ramai tentang penguatkua­saan itu. Ramai orang ingatkan ia adalah dasar yang baharu namun sebenarnya larangan merokok telah berkuat kuasa sejak 2004,” katanya.

Beliau berkata penguatkua­saan akan dipertingk­at menjelang 1 Januari 2020 supaya ketidakpat­uhan terhadap larangan itu dapat dikawal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia