Utusan Borneo (Sarawak)

KKM sedia teliti cadangan untuk tetapkan harga ubat dan bekalan farmasi

-

KUALA SELANGOR: Kementeria­n Kesihatan bersedia meneliti cadangan untuk menetapkan satu penanda aras bagi harga ubat dan bekalan farmasi pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan yang disifatkan baik itu perlu diberi perhatian bagi memastikan kos dan perbelanja­an kesihatan dibayar oleh rakyat tidak membebanka­n.

“Cadangan (menetapkan harga ubat dan bekalan farmasi) pastinya datang daripada pihak yang bertanggun­gjawab dalam memastikan kos dibayar rakyat adalah munasabah.

“Cadangan itu saya akan ambil perhatian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pemain-pemain industri insurans dan takaful supaya KKM mengkaji kemungkina­n menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi memandangk­an kos perbelanja­an kesihatan yang semakin meningkat.

Pemain-pemain industri itu juga dilaporkan berkata jumlah perbelanja­an kesihatan tahun lepas menjangkau RM60.147 bilion yang mana 52 peratus dibiayai oleh kerajaan dan bakinya sebanyak 35 peratus dibayar oleh isi rumah sendiri manakala insurans swasta (tujuh peratus), perbadanan (empat peratus) dan lain-lain agensi (dua peratus).

Menurut kumpulan itu juga, sekiranya kos penja-gaan kesihatan tidak dikawal, peningkata­n dalam premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak akan dapat dielakkan lagi.

Dalam pada itu, program berkhatan amal hari ini dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Sebanyak 80 kanak-kanak berumur sembilan hingga 12 tahun dari sekitar Kuala Selangor menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diadakan secara percuma itu hasil sumbangan penganjur terlibat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Dr Dzulkefly (kiri) menyiram kanak-kanak yang akan berkhatan selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Nurul Iman, Kampung Ijok, semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Dr Dzulkefly (kiri) menyiram kanak-kanak yang akan berkhatan selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Nurul Iman, Kampung Ijok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia