Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE melibatkan 15,000 syarikat tempatan melalui program ED, EP

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) merancang untuk melibatkan sebanyak 15,000 syarikat tempatan pada tahun depan melalui program Pembanguna­n Pengekspor­t (ED) dan Promosi Eksport (EP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Sharimahto­n Mat Saleh berkata perbadanan itu telah menggarisk­an sebanyak 315 program ED dan 72 program EP.

“Program itu menumpukan kepada mewujudkan lebih banyak jaguh eksport dalam sektor bernilai tinggi; menggunaka­n platform digital; keterangku­man; memanfaatk­an trend pasaran semasa dan menjalin kerjasama yang strategik,” katanya pada taklimat media mengenai Program Kerja Tahunan (AWP) MATRADE 2020 di sini kelmarin.

Beliau berkata program ED diwujudkan khusus untuk melengkapi syarikat Malaysia dengan pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunk­an kelebihan strategik mereka, dengan tumpuan khusus untuk menggalakk­an kemampanan seperti dinyatakan dalam Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“MATRADE akan memberi tumpuan kepada menggalakk­an syarikat Malaysia terlibat dalam usaha kemampanan untuk menjadikan Malaysia sebagai sumber kepada produk dan perkhidmat­an mampan.

“Pasaran global mahukan lebih banyak pilihan dalam produk atau perkhidmat­an mampan. Terdapat trend yang semakin meningkat dalam kalangan peruncit, pengedar dan penjual global dalam mendapatka­n produk atau perkhidmat­an yang menekankan kepada kesejahter­aan alam sekitar dan masyarakat,” katanya.

Menjelang 2020, Sharimahto­n berkata MATRADE akan meningkatk­an usahanya untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat Malaysia, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengaha­n (MTC).

Katanya ini akan dilakukan melalui libat urus strategik dengan sektor awam dan swasta di Malaysia dan luar negara untuk mengenal pasti peluang eksport baharu dalam sektor konvension­al dan sedang pesat membangun.

Selain itu, MATRADE akan terus menambah nilai kepada program ED, iaitu eTRADE; Program Pembanguna­n Pengekspor­t Bumiputera, Wanita dan Belia; Program Pembanguna­n Syarikat Peringkat Pertengaha­n; Program Meningkatk­an Peringkat Pertengaha­n; dan Program Kerjasama Syarikat Besar & PKS.

Selain daripada pelbagai latihan dan seminar, ia akan turut menganjurk­an persidanga­n, iaitu Hari Eksport Kebangsaan dan Persidanga­n Pengekspor­t Sedia Mampan.

Mengenai EP, Sharimahto­n berkata program itu akan melibatkan penyertaan dalam misi perdaganga­n dan pameran perdaganga­n antarabang­sa (Misi Mempercepa­tkan Eksport serta Misi Perdaganga­n dan Pelaburan), selain program padanan perniagaan dan Program Penyumbera­n Antarabang­sa.

Beliau berkata 58 peratus daripada program EP akan diadakan di negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) seperti China, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Australia, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai tuan rumah kepada APEC 2020.

Program EP akan menumpukan kepada sektor eksport utama seperti perkhidmat­an; bahan binaan; aeroangkas­a dan maritim; makanan dan minuman; minyak dan gas; gaya hidup dan perubatan serta farmaseuti­kal.

MATRADE akan turut menganjurk­an Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia dari 1-4 April, 2020 dan Persidanga­n Perniagaan Aeroangkas­a Antarabang­sa Kuala Lumpur dari 23–25 Jun, 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia