Utusan Borneo (Sarawak)

Lima remaja diberkas berhubung kematian lelaki dalam protes HK

-

HONG KONG: Lima remaja Hong Kong telah ditangkap berhubung dengan kematian seorang lelaki yang terkena hentakan bata di kepala ketika pergaduhan antara penunjuk perasaan pro dan antikeraja­an pada bulan lepas, kata polis semalam.

Tiga lelaki dan dua wanita berusia 15 hingga 18 tahun ditangkap kelmarin kerana disyaki membunuh, merusuh dan mencederak­an serta ditahan sementara menunggu siasatan lanjut, kata polis dalam satu kenyataan.

Insiden berlaku pada pertengaha­n November lepas ketika pergerakan prodemokra­si memasuki bulan kelimanya, dengan penunjuk perasaan tegar terlibat dalam kempen “berbunga di manamana” di sekitar bandar raya itu yang meregang sumber polis.

Rakaman kejadian itu menunjukka­n kumpulan penunjuk perasaan yang bermusuhan telah melontar bata ke arah satu sama lain, apabila seorang lelaki terkena hentakan sebiji bata dan terjatuh di atas tanah.

Lelaki berusia 70 tahun itu telah segera dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada hari berikutnya.

Beliau merupakan orang kedua dalam masa kurang dari seminggu yang meninggal dunia dalam kejadian berkaitan dengan bantahan.

Alex Chow, seorang pelajar universiti berusia 22 tahun, meninggal dunia pada 8 November akibat kecederaan kepala yang dialami semasa terjatuh dari sebuah tempat letak kereta pelbagai tingkat ketika polis dan penunjuk perasaan sedang berbalah.

Walaupun kejadian yang menyebabka­n dia terjatuh adalah tidak jelas dan dipertikai­kan, namun penunjuk perasaan telah menyalahka­n polis.

Tuduhan mengenai kekejaman polis adalah salah satu laungan rali oleh pergerakan tersebut.

Ribuan rakyat Hong Kong telah membentuk garisan panjang untuk menghadiri upacara penghormat­an bagi Chow pada Khamis lepas sebelum pengebumia­nnya.

Kematian Chow disusuli tiga hari kemudian oleh polis menembak seorang penunjuk perasaan berusia 21 tahun yang tidak bersenjata di bahagian perut, mencetuska­n ketegangan selama beberapa hari yang memuncak dengan pertempura­n sengit di kampus-kampus universiti.

Hong Kong telah diterbalik­kan akibat bantahan prodemokra­si besar-besaran yang menyaksika­n pertempura­n ganas antara polis dan penunjuk perasaan tegar, termasuk gangguan yang kerap ke atas pengangkut­an.

Sepanjang tiga minggu lepas telah melihat keredaan dalam keganasan dan vandalisme selepas part-parti prodemokra­si mencatatka­n kemenangan besar dalam pilihan raya majlis tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia