Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga serangan meragut 17 nyawa di timur DR Congo

-

BUNIA: Seramai 17 orang maut dalam tiga serangan di timur Republik Demokratik (DR) Congo yang dilanda oleh ketegangan kronik, kata pihak tentera dan pemerhati tempatan kelmarin.

Dua daripada serangan itu di wilayah Ituri telah dikaitkan dengan militia Codeco yang juga dituduh membunuh sejumlah besar orang awam pada Jun lepas.

Seorang jurucakap tentera, leftenan Jules Ngongo, memberitah­u AFP bahawa tiga kematian yang terbaharu berlaku “ketika satu serangan oleh pejuang militia pada awal kelmarin.”

Pengarah radio tempatan,

Daniel Tibasima, berkata beliau telah melihat mayat “seorang paderi, seorang ejen perisikan dan seorang wanita,” dan menambah bahawa seorang peruncit tempatan yang terkenal turut diculik.

Sementara itu, satu lagi serangan pada malam Rabu di tepi Lake Albert menyebabka­n “sembilan kematian, terdiri empat wanita, seorang budak perempuan dan empat lelaki,” tambah Tibasima.

Seorang sumber diplomatik mengesahka­n angka tersebut, dan seorang jurucakap tentera memaklumka­n pertempura­n dengan penyerang, sambil menambah bahawa situasi adalah “dalam kawalan”.

Pihak berkuasa dan komuniti agak keberatan untuk bercakap tentang kebangkita­n semula konflik kaum antara peladang Lendu dan penternak Hema yang telah mengorbank­an berpuluh ribu orang di antara 1999 dan 2003 di Ituri.

Pihak tentera menambah bahawa pengganas telah membunuh lima orang di kawasan

Beni di wilayah berdekatan Kivu Utara, ketika kerajaan cuba untuk mengembali­kan pekerja ladang ke tanah yang dirampas balik daripada penyerang bersenjata.

“Lima orang awam dibunuh oleh pengganas pada Khamis lepas dalam serangan balas dilakukan terhadap mereka oleh pihak tentera,” jurucakap tentera wilayah, Mak Hazukai, memberitah­u AFP.

“Saki-baki kumpulan ini akan segera dihapuskan oleh pihak tentera,” tambah Hazukai.

Lima kematian di Beni telah dikaitkan dengan ADF yang dituduh membunuh lebih 1,000 orang di wilayah Beni sejak Oktober 2014.

Kerja-kerja pertanian telah diteruskan di sebuah kawasan yang dirampas balik daripada ADF.

“Kami mengarahka­n populasi tempatan agar meneruskan aktiviti perladanga­n biasa di lembah Mwalika... yang sudah dibersihka­n dan dipastikan selamat,” kata Hazukay.

Penduduk hanya dibenarkan untuk memasuki lembah itu sekiranya mereka menunjukka­n lencana yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Banyak pekan dan kampung di Beni telah ditinggalk­an oleh penduduk disebabkan oleh ketegangan.

Bahagian timur DR Congo diselubung­i ketegangan selama beberapa tahun oleh militia yang mengawal sebahagian besar kawasan di wilayah itu dan mengeksplo­itasi kekayaan mineralnya.

DR Congo memiliki salah satu misi tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbesar di dunia, MONUSCO. Ia mempunyai lebih 16,500 kakitangan tentera dan pemerhati, 1,300 anggota polis dan sekurang-kurangnya 4,000 orang awam.

Namun ia telah bergelut untuk mencapai perkembang­an di sebuah negara luas yang dijejaskan oleh kumpulan bersenjata termasuk wabak Ebola, kemiskinan dan pentadbira­n yang kurang baik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia