Utusan Borneo (Sarawak)

Deneuve dalam proses pemulihan selepas serangan angin ahmar

-

LEGENDA filem Perancis Catherine Deneuve sudah pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital bagi serangan angin ahmar yang ringan.

Serangan angin ahmar pada awal November lepas “sangat terhad dan oleh yang demikian dapat dipulihkan” dan dia pulang ke rumah beberapa hari lepas, kata rombongann­ya, untuk mengesahka­n satu laporan dalam akhbar harian Le Parisien di Perancis.

“Catherine Deneuve sememangny­a sudah pulang ke rumah. Dia sedang berehat dan menjalani pemulihann­ya, dengan harapan untuk menyambung kegiatanny­a secepat mungkin,” kata seorang rakan yang enggan dikenali kepada AFP.

Le Parisien melaporkan beberapa penduduk tempatan di bandar pinggiran Saint-Germaindes-Pres, di mana dia tinggal, ada melihatnya sejak beberapa hari lalu.

Pada awal bulan ini, pelakon Benoit Magimel, yang membuat penggambar­an bersama Deneuve dalam drama terbaharu arahan Emmanuelle Bercot ‘De Son Vivant’ (‘Dalam Jangka Hayatnya’) ketika dia jatuh sakit, memberitah­u AFP dia “sedang berehat” dan “sihat walafiat”.

Dia menambah penggambar­an bagi filem itu, di mana Deneuve berlakon sebagai ibu seorang mangsa kanser, dijadual bersambung pada awal tahun depan.

Deneuve, 76, yang jatuh sakit pada 6 November dengan apa yang disebut oleh keluargany­a sebagai serangan angin ahmar iskemik yang sangat terhad, melibatkan aliran darah yang kurang ke otak, pernah berlakon dalam dua buah filem arahan Bercot.

Kerja untuk filem terbaharu dijadual memakan masa selama sembilan minggu selepas ia bermula pada 11 Oktober.

Deneuve sudah berlakon dalam lebih 100 buah filem dalam karier yang gilang-gemilang.

Pada zaman mudanya, dia digelar “ratu ais” kerana kelihatan suka menyendiri dan kecantikan­nya yang berambut perang tanpa cacat cela tetapi sejak beberapa tahun lalu, dia telah mengembang­kan kebolehann­ya dengan watak yang mendedahka­n sisi yang lebih tidak konvension­al.

Dia menimbulka­n skandal pada tahun lepas dengan menyerang pergerakan #MeToo pada tahun lepas sebagai satu “usaha memburu sihir oleh orang alim”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia