Utusan Borneo (Sarawak)

138,901 pendatang asing tanpa izin sertai B4G

-

PUTRAJAYA: Seramai 138,901 pendatang asing tanpa izin menyertai program ‘Back For Good’ (B4G) untuk permohonan pulang ke negara asal, setakat Khamis lepas, sejak program itu dilancarka­n Jabatan Imigresen Malaysia pada 1 Ogos.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 53,328 orang, diikuti Bangladesh (38,734), India (22,964),Myanmar(6,923)dan selebihnya dari negara lain.

“Kami menjangkak­an jumlah ini semakin bertambah setiap hari sehingga ke hujung bulan.

“Jabatan imigresen juga melanjutka­n tempoh operasi sehingga 10 malam dan pejabat kami di seluruh Malaysia juga dibuka pada Sabtu dan Ahad,” katanya kepada media selepas program ‘Immigratio­n Fun Run’ di sini semalam.

Menjelang tarikh akhir program B4G, Khairul Dzaimee berkata jumlah pendatang asing tanpa izin yang menyertai program ini dijangka meningkat dengan mendadak kerana ramai yang suka menunggu saat-saat akhir dan beranggapa­n bahawa program ini akan disambung.

“Keputusan telah dibuat oleh kerajaan bahawa tidak ada sambungan pada B4G dan akan berakhir pada 31 Disember ni. Selepas itu, jabatan akan melaksanak­an operasi penahanan secara besar-besaran,” katanya.

Beliau turut menasihati pendatang asing tanpa izin yang berada di Lembah Klang untuk tidak bertumpu di Jabatan Imigresen di Putrajaya, sebaliknya mereka boleh juga pergi ke pejabat Imigresen yang kurang sibuk seperti di Terengganu, Pahang dan di utara Semenanjun­g.

Program B4G bertujuan memberi peluang kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat yang ditetapkan.

Mereka hanya perlu mendapatka­n dokumen pengenalan diri yang lengkap daripada kedutaan besar dan Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi masing-masing dan menyerahka­n kepada pejabat Imigresen untuk diproses.

Selain itu, mereka perlu menyediaka­n bayaran kompaun sebanyak RM700 serta menunjukka­n tiket penerbanga­n ke negara asal bagi tujuan itu.

Sementara itu, mengenai program semalam, Khairul Dzaimee berkata seramai 2,300 peserta menyertai larian ini di mana 1,000 daripadany­a adalah kakitangan Imigresen.

“Objektif utama Immigratio­n Fun Run ialah mempromosi­kan kehidupan sihat dan merapatkan jabatan ini dengan masyarakat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAMAT: Khairul Dzaimee (tengah) menamatkan larian sejauh 10 KM pada program larian ‘Imigresen’ Fun Run 2019 di Monumen Alaf Baharudeka­t Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TAMAT: Khairul Dzaimee (tengah) menamatkan larian sejauh 10 KM pada program larian ‘Imigresen’ Fun Run 2019 di Monumen Alaf Baharudeka­t Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia