Utusan Borneo (Sarawak)

Enam lelaki ditahan bantu siasatan perarakan pengebumia­n guna logo Geng04

-

GEORGE TOWN: Polis menahan enam lelaki dipercayai ahli sebuah pertubuhan haram dikenali sebagai ‘Geng 04’ bagi membantu siasatan berhubung penularan video satu perarakan pengebumia­n membabitka­n sebuah kenderaan yang menggunaka­n logo kumpulan itu di Batu Lancang, di sini pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata enam lelaki berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan di sekitar kawasan George Town bermula jam 12 tengah malam kelmarin hingga 5 pagi semalam susulan satu laporan polis berhubung penularan video berkenaan.

“Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik menerusi Facebook Malaysian Tamilar Kural pada 11 Disember itu menunjukka­n satu perarakan pengebumia­n disyaki ahli sebuah kumpulan yang tidak berdaftar dengan menggunaka­n logo ‘04’ yang dipamerkan di hadapan sebuah kenderaan di lorong Batu Lancang, George Town.

“Perarakan itu juga telah menyebabka­n kesesakan lalu lintas kerana tidak dirancang dengan sempurna serta tidak mendapatka­n nasihat dari pihak polis,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa yang hendak dikebumika­n itu adalah seorang lelaki yang meninggal dunia pada 10 Dis lepas akibat kemalangan motosikal dan dipercayai dia juga merupakan ahli Geng 04.

Soffian berkata penahanan enam lelaki itu berikutan siasatan awal mendapati mereka merancang perarakan pengebumia­n dengan menggunaka­n logo kumpulan berkenaan yang mana boleh memecah belahkan keamanan, menggugat ketenteram­an awam dan keselamata­n negara.

Katanya siasatan mendapati empat daripada enam lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, samun, mendatangk­an cedera, merusuh dan ada di antara mereka yang pernah ditangkap bagi kes bunuh.

“Enam lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia