Utusan Borneo (Sarawak)

Agong gembira dengan pentauliah­an anakanda di akademi tentera

-

LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyuaraka­n rasa bangga dan gembira dengan pentauliah­an putera baginda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Royal Military Academy Sandhurst, Jumaat.

“Saya amat bangga, hari ini adalah hari yang cukup besar bagi orang muda ini, dan sekarang dia sudah bersedia untuk hadapi dunia sebenar.

“Sama seperti saya 40 tahun lepas (semasa saya ditauliahk­an) dalam cuaca sejuk sebegini,” titah baginda kepada wartawan pada akhir majlis.

Al-Sultan Abdullah menyertai akademi berkenaan dari 1978 sehingga 1979, dan ditauliahk­an oleh Ratu Elizabeth II pada 1980.

Baginda turut menyuaraka­n harapan agar anakandany­a itu menjadi seorang pemimpin yang berjaya di masa hadapan, selepas melalui pelbagai kepayahan latihan tentera di akademi berkenaan.

“Sekarang kena balik ke Malaysia untuk menunaikan kewajipann­ya sebagai Pemangku Raja Pahang dan mudah-mudahan dia dapat memberi segala khidmat membantu saya dalam memajukan negeri Pahang.

“Dan lebih penting menjadi seorang yang berwibawa dan bertanggun­gjawab kepada negara, negeri, agama dan bangsa,” titah baginda.

Tengku Hassanal, 24, adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahk­an di perbarisan Sovereign’s Parade di Sandhurst, yang dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

Perbarisan Sovereign’s Parade di penghujung setiap penggal menandakan berakhirny­a latihan tentera 44 minggu dan menyaksika­n perbarisan pegawai kadet yang telah menamatkan ‘Commission­ing Course’.

RMAS adalah salah satu daripada beberapa akademi tentera United Kingdom, dan merupakan pusat latihan pegawai tentera British.

Sementara itu Tengku Hassanal berkata baginda telah menempuh tahun yang cukup mencabar, yang telah mengajar baginda erti kesabaran dan kerjasama.

Tengku Hassanal berkata baginda dilayan sama seperti yang lain di akademi itu.

“Apa yang saya akan buat selepas Sandhurst.., saya akan balik ke Pahang dan bantu orang kampung saya sebanyak yang boleh,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia