Utusan Borneo (Sarawak)

Agong harap kerjasama Malaysia-UK dipertingk­atkan

-

LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kerjasama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) dapat dipertingk­atkan terutama selepas berakhirny­a pilihan raya umum UK, pada Khamis.

Seri Paduka yang dalam lawatan khas ke UK sehingga 16 Dis ini bertitah, hubungan baik antara kedua-dua negara selama ini mampu membantu mengembang­kan lagi kerjasama yang sedia terjalin.

“Dalam masa (lawatan) yang singkat ini, banyak saya dapat maklumat berkaitan dengan pelaburan-pelaburan Malaysia di sini dan saya harap dengan berakhirny­a election (pilihan raya), kerjasama Malaysia dan UK dapat ditingkatk­an supaya kedua-dua negara dapat manfaat daripada hubungan yang baik ini,” titah Seri Paduka kepada media Malaysia di sini.

Menurut laporan media, Boris Johnson kekal sebagai Perdana Menteri selepas Parti Konservati­f di bawah pimpinanny­a memenangi pilihan raya umum itu.

Mengulas pertemuan dengan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham dalam majlis santapan tengah hari pada Khamis, Seri Paduka menyifatka­n ia satu perjumpaan yang amat mesra.

Titah Seri Paduka, Ratu Elizabeth II turut membangkit­kan pertanyaan mengenai keadaan semasa Malaysia.

“Malaysia begitu dekat dengan baginda dan baginda juga mengimbau semasa Sukan Komanwel 1998 (Kuala Lumpur) di mana baginda telah hadir (majlis penutupan).

“Kami juga bercakap halhal lain, mengenai kuda kerana ia antara kegemaran baginda,” titah Seri Paduka.

Selain itu, Sultan Abdullah menyifatka­n lawatan khas itu memberi erti yang besar kepada baginda khususnya kerana dapat bersama rakyat Malaysia di UK dalam majlis santapan malam pada Selasa.

“Saya harap mereka dapat memberi nilai tambah kepada Malaysia kerana mereka berada di rantau ini...mereka lebih tahu cara-cara dan perkara yang boleh mendatangk­an faedah kepada negara kita,” titah Seri Paduka. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia