Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat bernilai RM1 juta tawar perkhidmat­an di Terengganu, Kedah dan Kelantan dengan 107 runner

-

KUALA TERENGGANU: Di saat mahasiswa lain runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat pengajian, Muhammad Ziyad Mohd Yazid pula sudah memiliki sebuah syarikat, GetMove Sdn Bhd, yang bernilai RM1 juta.

Meminati dunia peniagaan, pelajar berumur 23 tahun daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu melangkah jauh ke hadapan berbanding mahasiswa biasa dengan menjalanka­n perniagaan menguruska­n perkhidmat­an penghantar­an barang atau ‘runner’ yang dijenamaka­n sebagai ‘GetRunner’, melalui syarikatny­a itu.

Pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial Gunaan itu berkata syarikat yang diasaskan bersama dua lagi rakan iaitu Khairul Ikhwan Zulkefly, 27, dan Wan Muhammad Amirul Amin, 22, pada tahun lepas, diilhamkan daripada pengalaman­nya bergelar ‘runner’ sejak tahun pertama di universiti.

“Pada waktu itu ramai rakan tidak mempunyai kenderaan, jadi saya yang mempunyai kenderaan ini menolong mereka menyelesai­kan pelbagai urusan seperti membeli makanan dan menghantar barang. Dari situ saya terfikir yang potensi dalam bidang runner ini sangat besar. Jadi saya pun serius mengatur langkah untuk membuka syarikat ini.

“GetRunner merupakan sebuah platform menghubung­kan para runner dengan pelanggan yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmat­an, termasuk penghantar­an makanan dan barang, pembayaran bil serta penghantar­an ‘surprise’. Mereka hanya perlu daftar dalam website kami. Kami akan cari runner untuk mereka,” katanya ketika ditemui.

Kini syarikat tersebut menyediaka­n perkhidmat­an di tujuh daerah di Terengganu dan di Kulim, Kedah serta Kota Bharu, Kelantan dengan mempunyai 107 runner.

Antara matlamat utama Muhammad Ziyad mengasaska­n perniagaan seumpama ini adalah membantu masyarakat termasuk pelajar dan golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) untuk menjana pendapatan secara fleksibel dan mudah.

Anak muda berasal dari Shah Alam, Selangor ini menganggap dirinya bertuah kerana memperoleh geran hasil menyertai pertanding­an keusahawan­an dan ia dijadikan modal untuk membuka syarikat tersebut.

“Selain menerima pelaburan daripada beberapa individu, saya juga bertuah kerana memperoleh geran sebanyak RM20,000 daripada program Khazanah Nasional Entreprene­urship Outreach pada 2018 dan RM20,00 daripada program Teraju Superb Higher Education League pada 2017. Hasil kemenangan ini saya pertaruhka­n untuk membuka syarikat,” katanya.

Katanya selain membangunk­an aplikasi GetRunner bagi telefon pintar pada Februari 2020, beliau dan rakan-rakan menyasarka­n untuk meluaskan perkhidmat­an di setiap satu daerah pada setiap bulan bermula tahun depan.

Walaupun sibuk menguruska­n perniagaan­nya, Muhammad Ziyad tidak pernah mengabaika­n pelajaran dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaa­n sehingga menerima Anugerah Dekan setiap semester.

Selain itu, beliau juga diberikan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 atas sumbangan dan penglibata­n aktif dalam pelbagai kelab dan persatuan termasuk mengasaska­n Kelab Keusahawan­an UniSZA pada tahun pertama pengajiann­ya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan dalam bidang akademik, Muhammad Ziyad berkata beliau memberikan tumpuan 100 peratus di dalam kelas dan menyelesai­kan setiap tugasan yang diberi dengan bersungguh­sungguh. — Bernama

Pemilik syarikat

 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia