Utusan Borneo (Sarawak)

Impian Man City pertahan kejuaraan tampak tersasar

Kelab elit EPL yang kaya raya itu diselubung­i masalah kecederaan pemain ketika ketinggala­n 14 mata kepada Liverpool

-

LONDON: Usaha Manchester City untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) nampak sudah berakhir sebelum Natal, dan para pemain Pep Guardiola bertandang ke Arsenal pada hari ini (Ahad) 14 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

City sudah menjadikan perkara luar biasa sesuatu yang rutin, selepas memenangi lima daripada enam trofi domestik utama di England tetapi melepaskan jumlah mata dalam 16 perlawanan liga pada musim ini yang sama jumlahnya dengan seluruh musim lepas.

Jadi apakah yang salah bagi skuad yang amat berbakat dan mahal itu di bawah bimbingan salah seorang jurulatih paling hebat dalam sukan bola sepak?

Skuad yang kaya dengan sumber seperti City juga tidak kebal daripada kecederaan.

Leroy Sane dan Aymeric Laporte mengalami kecederaan lutut jangka panjang dalam masa beberapa minggu pertama musim ini, dan ketiadaan Laporte meninggalk­an lubang besar di bahagian tengah pertahanan City.

Fernandinh­o terpaksa mengambil alih posisi pertahanan tengah, yang bermakna pengaruh pemain Brazil itu di belakang bahagian tengah City juga dirindui.

Manchester United merobek musuh tetangga mereka ketika melancarka­n erangan balas untuk memenangi perlawanan jiran tetangga 2-1 di Etihad pada hujung minggu lepas, manakala Norwich, Wolves dan Liverpool juga telah mendedahka­n kerapuhan City dalam peralihan pertahanan untuk memberikan kekalahan kepada juara itu.

Benjamin Mendy yang tidak cergas dan kecederaan yang dialami Oleksandr Zinchenko turut menyaksika­n pemain bermain bergilir-gilir di posisi pertahanan kiri, dan pilihan yang ada bagi Guardiola tidak begitu memberikan keyakinan.

Sebelum kecederaan Laporte lagi, City, nampak kurang pada posisi pertahanan tengah selepas pemergian kapten Vincent Kompany, yang meninggalk­an kelab itu pada hujung musim lepas untuk menggalas tugas di Anderlecht.

Tahun-tahun terakhir Kompany di kelab itu dibebani kecederaan, tetapi dia memainkan peranan yang amat penting pada hujung musim lepas apabila City memenangi 14 perlawanan liga terakhir mereka untuk memintas Liverpool dan memenangi kejuaraan dengan kelebihan hanya satu mata sahaja.

Pemain Belgium itu ternyata seorang pemimpin yang memberi inspirasi dan pemergiann­ya meninggalk­an City tanpa seorang pemimpin apabila keadaan menjadi sukar.

Demikian juga, isu-isu di bahagian pertahanan kiri juga sudah dijangkaka­n.

Mendy sudah diganggu oleh kecederaan sejak dia menyertai kelab itu tetapi City sebaliknya memperkuat­kan posisi pertahanan kanan pada musim panas dengan membeli Joao Cancelo.

Guardiola menggalas tugas bagi musim keempat di City, untuk menyamai tempoh paling lamanya di satu kelab.

Warga Catalan itu meninggalk­an Barcelona selepas empat musim dari 2008 hingga 2012 yang membuatnya keletihan.

Ketika menjelaska­n keputusann­ya, dia membayangk­an selepas memenangi 14 trofi dalam empat musim di Camp Nou bahawa para pemain Barcelona memerlukan mesej baharu.

Tuntutan kuat daripada Guardiola boleh juga memberi kesan yang meletihkan dari segi fizikal dan mental ke atas para pemain.

Beberapa pemain teras telah menjadi pemalar dalam era paling berjaya bagi City tetapi pemergian Kompany menandakan perubahan barisan pemain.

David Silva, 33, Sergio Aguero, 31, dan Fernandinh­o, 34, juga amat berpengaru­h sekali, tetapi semua mereka sudah melepasi kemuncak prestasi mereka.

Silva sudah pun mengumumka­n dia akan meninggalk­an kelab pada hujung musim. Aguero, penjaring gol terbanyak sepanjang masa bagi City, akan tamat kontrak dalam masa 18 bulan lagi.

City sudah membuat rancangan penggantia­n untuk Fernandinh­o dengan menandatan­gani Rodri bagi rekod kelab £62.8 juta (RM377 juta) pada Julai lalu. Bagaimanap­un, pemain antarabang­sa Sepanyol berusia 23 tahun itu berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaik­an diri dengan kelasakan dalam EPL.

Terdapat tuntutan tempatan bagi Phil Foden untuk menjadi pengganti jangka panjang bagi Silva manakala Gabriel Jesus telah memainkan peranan penyerang bersama Aguero di bawah Guardiola.

Namun pemergian Kompany menunjukka­n bahawa peralihan itu tidak akan mudah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERIUS: Gambar fail ini menunjukka­n Laporte diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan di antara Man City dan Brighton di Stadium Etihad.
— Gambar Reuters SERIUS: Gambar fail ini menunjukka­n Laporte diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan di antara Man City dan Brighton di Stadium Etihad.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? SANE
SANE
 ??  ?? MENDY
MENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia