Utusan Borneo (Sarawak)

Rashford pamer peningkata­n untuk menjadi seorang penyerang prolifik

-

LONDON: Marcus Rashford sememangny­a memiliki keupayaan untuk menjadi penyerang berkelas dunia. Sekarang dia sudah menambah sentuhan berbisa kepada kepantasan dan kepintaran­nya.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah menjaringk­an 13 gol untuk Manchester United (MU) pada musim ini – seterusnya menyamai pulangan terbaiknya untuk kelab dalam satu musim dan merupakan ketua serangan pasukan yang tidak dapat dipertikai­kan.

Hanya beberapa minggu lepas, Rashford mengalami kesukaran untuk menjaringk­an gol dalam pasukan Ole Gunnar Solskjaer, selepas melakukan jaringan hanya sekali sahaja di antara hari pembukaan musim hingga perlawanan menentang Liverpool pada 20 Oktober lalu.

Tetapi kemudian keadaan mula menjadi bagi bekas pelatih MU itu dan dia telah menjaringk­an gol dengan kerap untuk kelab dan negara, termasuk tiga dalam dua penampilan terakhirny­a, menentang Tottenham dan juara bertahan Manchester City.

Gol-golnya telah menjulang MU ke tempat kelima dalam carta liga, lima mata di belakang Chelsea di tempat keempat, selepas tidak kalah dalam lima perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dan mereka akan menentang Everton di stadium sendiri pada malam ini (Ahad).

Rashford, yang selalunya bermain di sebelah kiri serangan kilat MU di samping Jesse Lingard, Anthony Martial dan Daniel James, menakutkan pemain pertahanan dengan kelicikan dan kepantasan­nya.

Solskjaer memuji-muji Rashford seleaps dua jaringanny­a dalam kemenangan 2-1 baru-baru ini ke atas Tottenham.

“Budak itu berusia 22 tahun dan dia bermain seperti dia berada di halaman belakang rumah, taman atau tempat permainan bersama rakanrakan­nya,” kata pengurus MU dari Norway itu, yang telah membanding­kan ciriciriny­a dengan bekas pemain MU, Cristiano Ronaldo, yang turut memerlukan masa untuk menjadi menjadi seorang penjaring gol yang prolifik.

Rashford berkata dia lebih keras ke atas diri sendiri berbanding mana-mana pengkritik dan telah bercakap mengenai pengubahsu­aian kecil yang dia telah buat kepada permainann­ya.

Impian Rashford adalah untuk bermain sebagai tumpuan utama dalam serangan MU.

“Saya mahu bermain dalam semua posisi,” katanya. “Nombor sembilan ternyata impian saya tetapi bagi saya pada zaman sekarang, ia adalah ideal untuk bermain dengan berkesan dalam nombor sembilan, di sebelah kiri dan sebelah kanan.”

Rashford membuat penampilan sulungnya ketika berusia 18 tahun di bawah bimbingan Louis van Gaal pada Februari 2016, menjaringk­an dua gol ketika menentang Midtjyllan­d dan kemudian mengulangi pencapaian itu ketika menentang Arsenal beberapa hari kemudian.

Dia segera disayangi penyokong MU yang ingin melihat seorang bintang tempatan untuk membawa balik zaman kegemilang­an ke Old Trafford.

Namun beban jangkaan kadang-kadang seakan-akan terlalu berat. Dia menghadapi kesukaran untuk mengekalka­n tempat permulaan dan pulangan jaringanny­a selalunya di bermutu rendah.

Untuk berlaku adil kepadanya,dia telah digunakan sebagai pemain gantian banyak kali. Dia sudah bermain 191 kali untuk MU, menjaringk­an 58 gol, tetapi dia telah dimasukkan sebagai pemain gantian sebanyak 62 kali.

Namun sekarang, kukuh di bawah Solskjaer, Rashford bercakap secara positif mengenai bagaimana pengurus itu, seorang bekas penyerang di MY, telah menyerap pasukannya dengan niat serangan. — AFP

 ??  ?? RASHFORD
RASHFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia