Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp akan kekal di Anfield

-

LONDON: Jurgen Klopp kelmarin berkata dia telah menandatan­gani lanjutan kontrak bagi mengekalka­nnya di Liverpool sehingga 2024 untuk menonjolka­n imej yang stabil dan selamat bagi sasaran perpindaha­n yang berpotensi pada masa depan.

Klopp, yang menjadi pengurus Liverpool pada 2015, membimbing mereka untuk menjuarai Liga Juara-Juara pada Jun lalu dan mereka kini mendahului dengan kelebihan lapan mata di tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kontrak warga Jerman itu sebelum ini dijadual tamat pada

2022 dan walaupun dia menyatakan bahawa melanjutka­n kontrak itu bukan menjadi keutamaan baginya, dia rasa ia boleh menjadi faktor penting dalam usaha untuk memujuk rekrut baharu untuk menyertai kelab itu.

Jika dia dapat menggalas tugas sehingga kontrak itu tamat, dia akan menjadi pengurus paling lama berkhidmat untuk kelab itu sejak Bob Paisley.

“Kelab ini sudah bertanya sejak sekian lama sama ada kami dapat berbincang mengenai lanjutan kontrak dan saya fikir ia masuk asal sebelum keadaan menjadi tegang sedikit – bukan sekarang, saya tenang sama sekali – tetapi mungkin pada musim panas, kami akan perlu bermula lagi,” kata Klopp di sidang akhbar pra-perlawanan­nya. “Dengan pemain baharu, apabila kita mahu membawa mereka masuk, mereka tanya ‘Berapa lamakah pengurus akan berada di sini?’ Semua kita mahu mengelak perkara itu, jadi ia sudah selesai dan saya amat gembira mengenai perkara itu.

“Saya rasa ia adalah positif dan bagus bahawa orang tahu saya akan berada di sini lebih lama sikit. Ia memberikan kestabilan kepada kami.”

Klopp, 52, yang sedang berusaha untuk memenangi kejuaraan liga utama pertama bagi Liverpool dalam tempoh 30 tahun, sudah mengubah nasib kelab sejak dia tiba di Anfield dan berkata mereka berada di “tempat yang bagus”.

“Empat setengah tahun dari sekarang berbunyi seperti selama-lamanya dalam bola sepak,” katanya.

“Ia sudah sembilan tahun pada waktu itu, tempoh paling lama saya pernah berada di sesebuah kelab.

“Ia tidak terlalu teruk sehingga sekarang tetapi kita tidak rasa bahawa ia tidak dapat menjadi lebih baik, jadi marilah kita cuba mencipta masa terbaik dalam hidup kita. Nikmati tunggangan, nikmati perjalanan.” Satu kenyataan dari pemilik Fenway Sports Group (FSG) menyebut Liverpool telah mengambil “langkah gergasi untuk mengukuhka­n semula diri sebagai salah satu kuasa bola sepak dunia” di bawah warga Jerman itu.

Dalamkempe­n pertama Klopp di Anfield, Liverpool sampai ke peringkat akhir Piala Liga dan Liga europa tetapi menamatkan musim tangan kosong. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia