Utusan Borneo (Sarawak)

RB Leipzig akui ada merisik Haaland

-

BERLIN: Jurulatih RB Leipzig Julian Nagelsmann kelmarin mengesahka­n ada mengadakan rundingan dengan penyerang remaja Salzburg, Erling Haaland, yang dilaporkan turut diburu oleh seteru dalam Bundesliga, Borussia Dortmund.

“Saya cuba menjelaska­n idea saya mengenai bola sepak kepadanya dalam bahasa Inggeris yang bagus,” kata Nagelsmann, yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat kedua dalam Bundesliga, satu mata di belakang pendahulu Borussia Moenchengl­adbach.

“Saya rasa ia adalah satu perbincang­an yang bagus, tetapi kita tidak ada perkara baharu untuk diumumkan.”

Leipzig dan Salzburg merupakan kelab-kelab kembar, kedua-duanya disokong oleh gergasi minuman tenaga Red Bull.

Pada awal minggu ini, beberapa saluran media Jerman melaporkan penyerang Norway berusia 19 tahun yang prolifik itu telah berjumpa dengan Dortmund pada Rabu lepas.

Haaland menarik perhatian apabila, pada usia 19 tahun 58 hari, dia menjadi salah seorang pemain termuda untuk menjaringk­an hatrik dalam Liga Juara-Juara dalam kemenangan 6-2 ke atas Genk pada September lalu.

Anak bekas pemain tengah Manchester City, Alf-Inge Haaland, itu kemudian menjaringk­an gol dalam lima perlawanan pertamanya dalam Liga Juara-Juara, dengan lapan gol pada peringkat kumpulan.

Penyerang Jerman di Leipzig, Timo Werner, diikat kontrak sehingga 2023 tetapi telah dikaitkan dengan Bayern Munich.

Bagaimanap­un Nagelsmann berkata jaminan tiada bahawa Haaland akan menyetrai kelabnya pada waktu jendela perpindaha­n Januari nanti.

“Saya tidak melihat sebarang keperluan besar sekarang,” kata Nagelsmann, yang telah mengemudi Leipzig ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara buat pertama kali.

Dia dijangka akan menjalanka­n tugas tanpa penganalis­isnya Benjamin Gluck, yang terkena bola sesat di bahagian leher dari Nagelsmann dalam satu sesi latihan pada Khamis lepas.

“Satu kemalangan berlaku sewaktu eksesais dua lawan dua dalam latihan,” kata Nagelsmann kelmarin, dan menambah dia sendiri memandu Gluck ke hospital di mana dia bermalam.

“Dia tidak begitu sihat semalam.”

Nagelsmann dan Gluck sudah berkawan baik sejak pertama kali bekerja bersama untuk membimbing pasukan bawah umur 19 Hoffenheim pada 2013. — AFP

 ??  ?? HAALAND
HAALAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia