Utusan Borneo (Sarawak)

Kedatangan Mourinho bantu Tottenham teruskan saingan di EPL

-

LONDON: Pengurus Tottenham Jose Mourinho percaya pasukannya akan menamatkan musim ini dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Peluang Spurs untuk menamatkan musim buat kali keempat berturut-turut di tempat kelayakan Liga JuaraJuara kelihatan seperti satu perjuangan yang sia-sia ketika pengurus Portugis itu mengambil alih tugas bulan lepas pada waktu kelab itu ketinggala­n 12 mata di belakang Chelsea.

Jurang itu sudah dikurangka­n kepada enam ekoran tiga kemenangan daripada empat perlawanan di bawah Mourinho, dan perlawanan menentang pasukan Frank Lampard akan berlangsun­g pada minggu depan.

Mereka pasti berharap untuk melangkah lebih jauh lagi dalam perlawanan menentang Wolves pada malam ini (Ahad) dalam usaha untuk kembali ke tempat yang menurut Mourinho adalah milik mereka.

“Kami tahu di mana kami sepatutnya berada,” kata Mourinho di sidang akhbar pra-perlawanan­nya kelmarin.

“Kami tidak sepatutnya berada dalam bahagian kedua carta liga di mana kami berada sebelum ini, malah kami tidak sepatutnya menduduki tempat ketujuh atau kelapan

Pengurus Tottenham Hotspur di mana kami berada buat masa sekarang.

“Kami tahu di mana kami sepatutnya berada dan kami percaya pada hujung musim ini, kami akan berada di sana.”

Mourinho berkata dia memerlukan masa tetapi skuad memiliki “bakat dan keinginan” untuk memperbaik­i diri.

Pengurus berusia 56 tahun itu memulakan hidup dengan sibuk di Spurs, dengan enam perlawanan dalam tempoh 21 hari, dan dia tidak dapat bekerja dengan skuadnya untuk melaksanak­an ideanya sepenuhnya.

Jadual perlawanan semakin mudah sedikit pada Januari dan pengurus Portugis itu mahuberada di padang latihandan bukannya cuba menandatan­gani pemain baharu. “Saya mahu bekerja,” katanya. “Saya akan meluangkan masa untuk bekerja, yang sehingga sekarang, saya tidak ada.

“Saya merungut setiap hari dengan kakitangan saya, kekecewaan saya yang mahu melakukan jenis latihan tertentu. Saya tidak dapat melakukann­ya. Ia menghampak­an. Saya suka pramusim untuk bekerja. Tetapi saya tidak ada (masa).”

Mourinho benar-benar melihat beberapa pemain pinggirann­ya dalam kekalahan kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara pada Rabu lepas apabila Ryan Sessegnon, Kyle Walker-Peters, Giovani Lo Celso dan Juan Foyth memukakan perlawanan buat pertama kali buat pertama kali di bawahnya.

Sessegnon menjaringk­an gol dan bermain dengan baik manakala Mourinho khususnya memuji Foyth tetaoi kedua-dua pemain itu tidak akan dimasukkan ke dalam senarai barisan utama di Molineux. — AFP

Kami tahu di mana kami sepatutnya berada dan kami percaya pada hujung musim ini, kami akan berada di sana.

Jose Mourinho

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia