Utusan Borneo (Sarawak)

Lavezzi umum bersara pada usia 34 tahun

-

PARIS: Penyerang antarabang­sa Argentina Ezequiel Lavezzi kelmarin menegsahka­n dia akan bersara daripada bermain pada usia 34 tahun, untuk menamatkan ‘fasa paling mengagumka­n yang telah diberikan oleh kehidupan kepada saya’.

Lavezzi bermain sebanyak 51 kali untuk Argentina dan menganggot­ai barisan utama ketika mereka tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 kepada Jerman.

Dia bermain lima musim di Napoli dan lima musim di Paris Saint-Germain sebelum dia menamatkan kariernya di Heibei Fortune di

China di mana dia menjadi pemain dengan gaji paling tinggi di dunia ietika dia tiba di sana.

Lavezzi membuat penampilan terakhirny­a untuk Heibei pada 27 November, dengan menjaringk­an gol ketika pasukannya tewas kepada juara Evergrande dalam pusingan kedua terakhir pada musim ini.

Selepas perlawanan itu, dia berkata dia sedang menimbang kemungkina­n untuk bersara.

Pada Khamis lepas, dia mengesahka­n dia sudah membuat keputusan dengan satu paparan di dalam laman Facebookny­a, diiiringi gambar meraikan gol di Argentina, Itali, Perancis dan China, dan dalam satu tweet.

“Ia adalah tahun-tahun yang menakjubka­n,” dia menulis. “Tahun-tahun yang ditandai pembelajar­an, momen yang unik dan kebanyakan­nya akan kekal dalam hati saya.”

“Saya akan sentiasa rasa bersyukur kepada mereka yang telah kekal di sisi saya dalam perjalanan ini.”

Wikileaks mendedahka­n ketika dia berpindah dari Paris ke Heibei pada Februari 2016, ia adalah untuk gaji yang dianggarka­n sebanyak 53 juta euro (RM255 juta) dalam tempoh 23 tahun.

— AFP

 ??  ?? LAVEZZI
LAVEZZI
 ??  ?? SANCHES
SANCHES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia