Utusan Borneo (Sarawak)

Othman juara golf Piala Pengerusi SEDC Sarawak 2019

-

KUCHING: Othman Junaidi muncul juara golf Piala Pengerusi SEDC Sarawak 2019 selepas mengatasi saingan terdekat, Zulkifli Jaraee dengan satu pukulan pada pertanding­an yang diadakan di Damai Golf & Country Club (DGCC) di sini kelmarin.

Beliau bermain dengan handicap 14 berjaya membawa balik piala pusingan selepas mencatatka­n 69 pukulan dalam kategori Nett.

Zulkifli bermain dengan handicap 12 menduduki tempat kedua dengan 70 pukulan dan tempat ketiga dimenangi Azmaniza Abu Bakar dengan 71 pukulan.

Bagi kategori Gross, Awang Sani Seruji yang baru kembali semula bermain setelah tiga bulan berehat muncul juara dengan 76 pukulan.

Manakala, rakan beliau Choo Kueh Fong muncul naib juara dengan 81 pukulan dan Raden Khairulzam­an yang bermain dengan handicap 5 menduduki tempat ketiga dengan 83 pukulan.

Sementara itu Choo, yang bermain dengan handicap 11 dalam pertanding­an tersebut membawa balik satu lagi hadiah apabilamen­catatpukul­anpaling jauh dengan catatat 286 meter.

Zulkifili juga meraih hadiah apabila beliau mencatat pukulan sejauh 231 meter di Lubang 11 Par 4.

Beliau turut memenangi hadiah pukulan paling dekat dengan garisan di Lubang 9 dengan jarak 3.9 meter.

Pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah, Kamarulzam­an Nusi mendapat tepukan gemuruh setelah memenangi hadiah ‘Wooden Spoon’ selepas beliau mencatat jumlah pukulan yang paling tinggi iaitu 109 pukulan.

Para pemenang menerima hadiah masing-masing dari Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC Sarawak) Edwin Abit yang diiringi Pengurus Besar DGCC Roslan Mohd Salleh.

 ??  ?? TAHNIAH: Othman (kiri) menerima piala pusingan daripada Edwin sambil disaksikan Roslan.
TAHNIAH: Othman (kiri) menerima piala pusingan daripada Edwin sambil disaksikan Roslan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia