Utusan Borneo (Sarawak)

Freddy gagal akhiri AKOC 2019 di atas podium

-

KUCHING: Kegagalan enjin jentera berfungsi dengan baik menghalang impian pelumba go kart antarabang­sa dari Sarawak, Freddy Lawan untuk menutup tirai Kejohanan Terbuka Karting Asia (AKOC) 2019 di atas podium.

Pada pusingan kelima AKOC, Grand Prix Kart Antarabang­sa Macau 2019 di Trek Karting Coloane yang berlangsun­g dari 5 hingga 8 Disember lepas, Freddy yang mewakili negara sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kategori Terbuka Veteran.

Tempat pertama kategori itu dimenangi pelumba tuan rumah, Lam Kam San manakala tempat kedua dan ketiga dirangkul pelumba Hong Kong, Leung Wai Ming dan Tam Yuk Ho.

“Saya bermula baik pada sesi latihan dengan menduduki tempat kedua dan tempat ketiga pada pusingan kelayakan.

“Namun pada saringan pertama, saya mengalami kemalangan kerana cuba untuk mengelak dari bertembung dengan pelumba dari Jepun. Akibat dari kemalangan itu, jentera saya mengalami kerosakan teruk dan saya terkeluar dari perlumbaan saringan pertama.

“Saya cuba bangkit memberikan cabaran pada saringan kedua dan ketiga namun keadaan jentera saya sudah tidak berada pada tahap terbaik seperti sebelumnya. Begitupun, saya masih mampu berada di kedudukan ketiga,” katanya baru-baru ini.

Pada perlumbaan pra final, Freddy sekali lagi dicabar pelumba Jepun sama memaksa beliau menamatkan perlumbaan itu di tempat keempat.

Namun, musibah sebenar pelumba berpengala­man itu menjelma pada perlumbaan final.

“Pada awal perlumbaan, enjin saya berfungsi dengan baik dan saya berjaya memecut di kedudukan kedua.

“Namun, segalanya serba tidak menjadi selepas kabel minyak saya tiba-tiba terputus berpunca dari masalah teknikal pada ‘throttle shutter’ jentera yang saya pandu.

“Lebih memburukka­n keadaan, pelumba Jepun yang menyebabka­n saya terbabas turut mengalami kemalangan dan patah tulang belakang.

“Akibatnya saya terpaksa kembali semula ke pit-stop untuk membaiki jentera dan bermula di belakang pelumba lain kerana terpaksa akur dengan peraturan ditetapkan oleh penganjur,” jelasnya lagi.

Menurut Freddy, meskipun jenteranya telah dibaiki namun prestasiny­a kurang memuaskan sepanjang perlumbaan final itu memaksa beliau akur menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Akui kecewa dengan keputusan itu, Freddy menegaskan beliau sepatutnya boleh menamatkan perlumbaan itu dalam tiga kedudukan teratas jika jenteranya berfungsi dengan mantap.

“Saya cukup yakin boleh menamatkan perlumbaan di tempat kedua atau ketiga kerana masa yang saya catat sangat baik. Tahap keyakinan saya juga sangat tinggi. Namun situasi yang berlaku di luar kawalan saya.

“Apapun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi saya kerana masih mampu mencabar pelumba lain meskipun jarang berlatih kerana tidak mempunyai litar khas di sini.

“Di sinilah pentingnya pembinaan litar lumba di Kuching bagi membolehka­n saya menjalani latihan dengan lebih intensif dan membuat persiapan sepenuhnya untuk menghadapi perlumbaan,” tambah Freddy lagi.

Katanya, penganjur AKOC yang ditemuinya di sana juga bersetuju untuk menjadikan Kuching sebagai salah satu venue perlumbaan berprestij itu sekiranya bandaraya ini mempunyai litar lumbanya sendiri.

Ini jelasnya akan memberi manfaat besar kepada Sarawak dari aspek pelanconga­n sukan selain pada masa sama akan membantu mengangkat lagi standard sukan permotoran di negeri ini.

Perlumbaan pusingan pertama AKOC bagi musim 2020 akan bermula pada Februari di Jakarta, Indonesia.

 ??  ?? TETAP PUAS HATI: Freddy bergambar bersama jenteranya sebelum perlumbaan bermula.
TETAP PUAS HATI: Freddy bergambar bersama jenteranya sebelum perlumbaan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia