Utusan Borneo (Sarawak)

Project Park raih kejuaraan Liga Bintulu-LSC

-

BINTULU: Project Park FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga Bintulu-LSC Piala Pusingan Datuk Talib Zulpilip selepas menewaskan BPJ FC 2-1 pada perlawanan akhir yang sengit di Stadium Mini Bintulu, petang semalam.

Project Park membuka tirai jaringan melalui Alexander Jerome pada minit keenam dengan menyempurn­akan sepakan penalti ketika asakan yang berlaku antara pemain dalam kotak penalti lawan.

Tidak putus harapan dengan jaringan itu, BPJ FC menyamakan kedudukan melalui Mohd Ikmaruddin Jais pada babak kedua, namun Project Park muncul juara menerusi jaringan cantik Danieleffi­no Aiho pada minit ke-90.

Ketua Jurulatih Project Park Healman Ekram berkata, perlawanan itu nampak seimbang dengan keduadua pasukan menunjukka­n kekuatan masing-masing.

Begitupun katanya, rezeki lebih memihak kepada Project Park dan beliau bersyukur dengan usaha pemain yang akhirnya kejuaraan memihak kepada kami.

"Meskipun dalam kekurangan kerana ramai pemain cedera sehingga tidak dapat bersama memperkuat­kan pasukan, tetapi kami dapat menggunaka­n khidmat pemain-pemain lain yang ada.

"Kejuaraan ini adalah kejayaan satu 'keluarga' Project Park," ujarnya semasa ditemui selesai perlawanan.

Sementara itu, Pengurus BPJ FC Benfuadzen Bujang berkata, pasukannya agak kecewa kerana gol kemenangan Project Park dijaringka­n pada minit-minit akhir perlawanan.

"Tahniah kepada Project Park, buat BPJ kita telah buat yang terbaik cuma tahap kecergasan (pemain) yang kurang memihak (kepada kami)," katanya.

Kejuaraan itu membolehka­n Project Park membawa pulang hadiah Piala Pusingan Datuk Talib Zulpilip, piala iringan, wang tunai RM5,000, baucar bernilai RM1,500 dan medal.

Naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM3,000, baucar bernilai RM800, piala dan medal. Diikuti tempat ketiga bersama disandang oleh Press Metal FC dan Empurau FC yang masing-masingnya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, baucar bernilai RM400, piala dan medal.

Anugerah Kasut Emas bagi penjaring terbanyak diraih oleh Mohd Nazrul Husni dari BPJ FC yang menjaring 16 gol menerima trofi kasut emas dan baucar bernilai RM200.

Anugerah Pemain Terbaik pula menjadi milik Danieleffi­no Aiho (Project Park) yang menerima trofi pemain terbaik dan baucar bernilai RM200.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

 ??  ?? KAMI JUARA: Project Park FC yang muncul juara Liga Bintulu-LSC Piala Pusingan Datuk Talib merakam gambar kenangan bersama Talib, Posa serta yang lain.
KAMI JUARA: Project Park FC yang muncul juara Liga Bintulu-LSC Piala Pusingan Datuk Talib merakam gambar kenangan bersama Talib, Posa serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia