Utusan Borneo (Sarawak)

Buku puisi dilancar dalam pesawat

-

PELANCARAN buku di dalam pesawat meninggalk­an satu kenangan manis buat penulis Ony Latifah Osman. Penyair dari Kota Marudu ini mengadakan acara pelancaran buku puisi Antologi Bunga-Bunga Pulau Jauh, sebuah antologi puisi berbahasa MelayuRusi­a secara sederhana sebaik pesawat mendarat di Kota Kinabalu.

Buku puisi Antologi Bunga-Bunga Pulau Jauh turut memuatkan puisi karya Ony bersama penyair wanita di Malaysia.

Karya-karya puisi Malaysia diterjemah­kan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr Victor Pogdaev.

Idea itu muncul ketika membawa pemidang dan buku dalam pesawat. “Saya teringat ketika mula-mula naik dalam pesawat MAS tahun 1977. Waktu itu saya menuntut dalam tingkatan satu di Semenanjun­g. “Muncul pula di skrin ingatan Dr. Viktor membawa terbang buku daripada Moscow Ke Malaysia,” katanya.

“Hati pun melonjaklo­njak nak minta kenangan manis. Saya bergerak di belakang kabin dimana tiga pramugara dan pramugari sedang sembang-sembang kerana waktu itu kapal belum berlepas .

Kebetulan pesawat belum berlepas disebabkan salah seorang penumpang terpaksa turun disebabkan ada masalah keluarga dan mengambil masa untuk mengeluark­an bagasi penumpang berkenaan.

“Kesempatan itu saya ambil dan meminta kenangan manis di dalam pesawat MAS kebenaran mengenai kempen / Iklan/ pelancaran Buku Antologi dan untuk menguatkan permintaan, kakak menyatakan pertama kali naik kapal pesawat MAS adalah tahun 1977 waktu tingkatan satu atas tajaan Yayasan Sabah belajar di Semenanjun­g.

“Mereka sangat tertarik dan gembira serta menyatakan persetujua­n dan kebenaran.

“Walau bagaimanap­un sejurus lepas itu kapal berlepas dan ketika dalam penerbanga­n adakala cuaca kurang baik. Pelancaran buku itu terpaksa dibuat sewaktu lepas mendarat. Buku itu dilancarka­n oleh pramugara. Saya sangat berterima kasih atas kesudian mereka melancarka­n buku dalam pesawat,” katanya.

 ??  ?? LANCAR: Acara pelancaran buku puisi dalam pesawat.
LANCAR: Acara pelancaran buku puisi dalam pesawat.
 ??  ?? HAK CIPTA: Ony Latifah Osman bersama buku puisi.
HAK CIPTA: Ony Latifah Osman bersama buku puisi.
 ??  ?? DITERJEMAH: Inilah Dr. Viktor yang bertanggun­gjawab membawa buku ini dari Moscow ke Malaysia Antologi puisi Bahasa Rusia kemudian dicetak lagi dwi bahasa.
DITERJEMAH: Inilah Dr. Viktor yang bertanggun­gjawab membawa buku ini dari Moscow ke Malaysia Antologi puisi Bahasa Rusia kemudian dicetak lagi dwi bahasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia