Utusan Borneo (Sarawak)

SEMAK GAZET SEBELUM PUTUSKAN CUTI TAMBAHAN KRISMAS

Kerajaaan negeri sedia mempertimb­angkan pemberian cuti tambahan namun perlu mengikut undang-undang: KM

- Oleh Agnes Tugong

BAU: Kerajaaan negeri sedia mempertimb­angkan pemberian cuti tambahan sehari sempena perayaan Hari Krismas bagi negeri ini.

Bagaimanap­un menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, cuti tambahan itu tidak dapat diputuskan sekarang kerana perlu disemak.

“Saya tidak dapat buat keputusan hari ini. Kita perlu lihat undang-undang kita.

“Kalau masih ada peruntukan cuti dalam gazet, kita boleh bagi. Kalau tidak ada, kita boleh runding.

“Saya tidak ada masalah untuk berikan cuti tetapi kena ikut undang-undang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazaar Krokong di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta yang lain.

Abang Johari turut menafikan Sarawak telah diberikan cuti tambahan sehari

Krismas iaitu pada 26 Disember seperti yang disebarkan dalam media sosial.

Setakat ini, cuti bagi Hari Krismas di Sarawak masih kekal sehari iaitu pada 25 Disember.

Dalam pada itu, Sabah menjadi negeri pertama memberikan cuti tambahan sehari sempena Hari Krismas iaitu pada 24 dan 25 Disember.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada satu majlis di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai isu melibatkan Petronas, Abang Johari berkata beliau enggan bercakap banyak kerana kes itu kini dibawa ke mahkamah.

“Dalam undang-undang perbadanan Petronas, kuasa hanya pada orang nombor satu negara.

“Sebab itu kita pemimpin Sarawak perlu berhatihat­i mengenai hak kita dan mengikuti perlembaga­an serta undang-undang.

“Jika itu hak kita, kita lindungi hak kita,” katanya pada majlis tersebut yang turut menyaksika­n Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 4A dan Buku Blueprint Daerah Bau 20162030 serta Penyerahan Geran Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Saya tidak dapat buat keputusan hari ini. Kita perlu lihat undang-undang kita. Kalau masih ada peruntukan cuti dalam gazet, kita boleh bagi. Kalau tidak ada, kita boleh runding.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TRADISI: Abang Johari menyaksika­n persembaha­n tarian singa sebaik tiba bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazaar Krokong di Bau, semalam.
— Gambar Roystein Emmor TRADISI: Abang Johari menyaksika­n persembaha­n tarian singa sebaik tiba bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazaar Krokong di Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia