Utusan Borneo (Sarawak)

‘AMAN KOBOI’ HARUMKAN NAMA NEGARA

Diharap terus raih kejayaan selepas menang pingat perak pada Sukan SEA di Filipina

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahimmer­akamkansya­bas kepada atlet muaythai negara dari Sarawak, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya atas kejayaanny­a menggondol pingat perak pada temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang berakhir 11 Disember lepas.

Menurut Jumaat, atlet kelahiran Bintulu yang mesra dengan panggilan ‘Aman Koboi’ itu bukan sahaja mengharumk­an nama Malaysia malah

Presiden PMNS

turut mengangkat martabat anak-anak muay di Sarawak khasnya.

“Ini adalah ‘buah’ yang diperolehi oleh PMNS. Ini semua mustahil berlaku tanpa komitmen dan disiplin yang tinggi diberikan ‘Aman

Koboi.’

“Saya menaruh harapan tinggi agar beliau akan terus maju dan terus mengangkat nama Sarawak di persada dunia.

“Dengan itu juga, saya mewakili PMNS berharap agar pihak Kementeria­n Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada persatuan agar kami dapat terus mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat muda yang berpotensi seperti ‘Aman Koboi’,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, ‘Aman Koboi’ ketika dihubungi tetap berpuas hati dengan kejayaanny­a menggondol pingat perak pada temasya kali ini.

Ujarnya, beliau terpaksa membuat persiapan yang amat singkat untuk menyesuaik­an diri dengan peraturan baharu ‘kickboxing’ yang diperkenal­kan tuan rumah.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang tak pernah putus harapan mendoakan kejayaan saya.

“Saya juga ingin berterima kasih dengan pihak Discovery my harapan, PMNS, PS Muaythai dan semua yang mendoakan kejayaan saya,” katanya ringkas.

‘Aman Koboi’ tumpas kepada wakil Vietnam, Nguyen Xuan Phuong dalam pertembung­an final tiga pusingan kategori 57 kilogram lelaki.

Saya menaruh harapan tinggi agar beliau akan terus maju dan terus mengangkat nama Sarawak di persada

Ibrahim” dunia.

Jumaat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Gambar fail ‘Aman Koboi’ memberi pose menarik selepas menerima hadiah.
MEMBANGGAK­AN: Gambar fail ‘Aman Koboi’ memberi pose menarik selepas menerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia