Utusan Borneo (Sarawak)

‘FIRST RESPONDER’ BEROPERASI MULAI JANUARI

-

KUCHING: Perkhidmat­an motosikal ‘First Responder’ Jabatan Kesihatan Negeri akan mula beroperasi di tiga hospital utama di negeri ini mulai Januari depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, perkhidmat­an itu akan ditempatka­n di Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Sibu dan Hospital Miri.

“Fungsi utamanya adalah untuk membolehka­n anggota kesihatan sampai ke tempat berlakunya kecemasan yang dimaklumka­n oleh orang awam menerusi ‘Medical Emergency Coordinati­ng Centre’ (MECC) atau 999 bagi pengurusan bantuan asas pertolonga­n cemas.

“Projek rintis di Sarawak ini dalam fasa pertama dan merupakan inisiatif yang dijalankan dalam usaha mengurangk­an tempoh masa respons ambulans bagi kes-kes kecemasan di Sarawak.

“Ia akan disusuli dengan bantuan ambulans, sekiranya terdapat keperluan untuk membawa pesakit ke hospital,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Dr Jamilah berkata, setiap motosikal dilengkapi dengan keperluan asas pertolonga­n cemas yang mematuhi peraturan keselamata­n jalan raya.

Justeru, beliau berharap menerusi inisiatif itu, kualiti perkhidmat­an rawatan prahospita­l yang disampaika­n kepada orang awam di negeri ini akan dapat dipertingk­atkan.

Jelasnya, jika projek berkenaan berjaya, pihaknya bercadang akan menambah bilangan motosikal bagi hospital yang terlibat.

Selain itu, ia juga diperluask­annya ke bahagianba­hagian lain di seluruh Sarawak untuk meningkatk­an pelaksanaa­n penyampaia­n perkhidmat­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia secara keseluruha­n, ujarnya lagi.

 ??  ?? TINGKAT PERKHIDMAT­AN: Tiga ‘First Responder’ yang akan
ditempatka­n di HUS, Hospital Sibu dan Hospital Miri.
TINGKAT PERKHIDMAT­AN: Tiga ‘First Responder’ yang akan ditempatka­n di HUS, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia