Utusan Borneo (Sarawak)

‘Minyak, gas milik kita’: Hasidah

Hasrat jual pegangan Petronas kepada negeri ‘bukan berita gembira’

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Hasrat menjual pegangan Petronas kepada negeri disifatkan Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai ‘bukan berita gembira.’

Kerana minyak dan gas adalah milik kita dan mengapa kita perlu membelinya (syer). Satu peratus syer bersamaan dengan berbilion (ringgit).

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek

“Kerana minyak dan gas adalah milik kita dan mengapa kita perlu membelinya (syer). Satu peratus syer bersamaan dengan berbilion (ringgit),” katanya pada forum ‘Sepetang bersama Warga Sarawak’ di sini, malam kelmarin.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad barubaru ini menyatakan beliau mempertimb­angkan untuk menjual pegangan dalam Petronas kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Hasidah berkata lagi, pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjanji akan membayar royalti minyak 20 peratus kepada Sarawak.

“Bagaimanap­un, Perdana Menteri mengumumka­n bahawa mereka tidak mampu membayar royalti lebih daripada lima peratus kerana kedudukan kewangan negara tidak kukuh,” katanya.

Menurutnya, amat mustahak bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal sebagai pemerintah di negeri ini agar dapat mempertaha­nkan dan menuntut hak dan kepentinga­n yang terhakis kepada kerajaan Persekutua­n.

“Kita amat bertuah kerana mempunyai perunding yang tegas iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan tinggi kemahiran diplomatik,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? HAK SARAWAK: Hasidah bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan ahli panel lain pada forum ‘Sepetang bersama Warga Sarawak,’ malam kelmarin.
HAK SARAWAK: Hasidah bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan ahli panel lain pada forum ‘Sepetang bersama Warga Sarawak,’ malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia