Utusan Borneo (Sarawak)

Buku hala tuju pembanguna­n Bau dilancar

-

BAU: Buku Blueprint Daerah Bau 2016-2030 pertama yang dilancarka­n semalam merupakan hala tuju bagi merancang pembanguna­n di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, buku tersebut bukan sesuatu yang diambil dari langit.

Ia katanya, adalah hasil daripada perancanga­n dan pembincang­an pasukan pemikir dan intelektua­l di Bau yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Turut menyumbang idea dalam buku tersebut ialah Henry sendiri selain ADUN Serembu, Miro Simuh, ADUN Opar Dato Ranum Mina dan ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang termasuk Pegawai Dearah Bau Anielia Siam.

“Buku ini adalah rujukan bagi merangka pelan pembanguna­n bagi Daerah Bau dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta ke arah negeri maju 2030.

“Untuk pengetahua­n terdapat lapan komponen dalam buku ini merangkumi infrastruk­tur, perumahan, tanah, pertanian, penerbitan, pelanconga­n, perindustr­ian dan modal insan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazaar Krokong di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Henry berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-88 daerah Bau dan telah mengalami banyak evolusi pembanguna­n.

Dalam masa empat tahun ini sahaja katanya, banyak projek pembanguna­n dapat disaksikan di daerah itu, antaranya Projek Jambatan Buso-Musi, Jambatan Tondong Sebuku, Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru, Tebingan Siniawan, Kompleks Daerah Bau, Arena Sukan Bau dan lain-lain.

Pembanguna­n seperti ini katanya, adalah hasil kepimpinan mantap Ketua Menteri dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru, Henry menyeru rakyat di dearah Bau untuk terus menyokong Ketua Menteri dan parti pimpinanny­a GPS.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BANGUNKAN BAU: Henry menyerahka­n Buku Blueprint Daerah Bau kepada Abang Johari sebagai simbolik pelancaran semalam.
— Gambar Roystein Emmor BANGUNKAN BAU: Henry menyerahka­n Buku Blueprint Daerah Bau kepada Abang Johari sebagai simbolik pelancaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia