Utusan Borneo (Sarawak)

JomParkir sasar cecah 1 juta pengguna tahun hadapan

Syarikat akan berkembang ke negara lain di Asia Tenggara

-

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesai­an aplikasi tempat meletak kenderaan pintar, JomParkir Sdn Bhd (JomParking) mahu meningkatk­an bilangan penggunany­a sebanyak tiga kali ganda kepada 1 juta menjelang tahun hadapan melalui pengembang­an ke negara lain di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Muhamad Nasir Habizar berkata, syarikat itu mahu meneroka pasaran luar negara seperti Indonesia dan Myanmar bagi mewujudkan persekitar­an tempat letak kereta yang lebih mudah.

“Kami sedang meneroka lebih banyak tapak, tempatan serta antarabang­sa dan kami yakin sasaran ini akan dicapai,” katanya kepada Bernama.

JomParking telah menarik lebih daripada 330,000 pengguna sejak ia memulakan operasi pada 2015.

Sekarang ini, syarikat itu telah beroperasi di 19 tapak di Malaysia, termasuk kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandara­n Seremban, Majlis Perbandara­n Tawau dan Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur.

Muhamad Nasir berkata, JomParking mencatatka­n satu pencapaian yang penting pada Oktober tahun ini apabila ia memulakan operasi ke Jeddah, Arab Saudi.

Beliau berharap ramai lagi rakyat Malaysia akan memilih kaedah pembayaran baharu ini kerana ia menawarkan pengalaman tempat letak kereta yang lebih mudah dan alternatif yang lebih selamat untuk wanita.

“Kami menyediaka­n penyelesai­an tempat letak kereta pintar kepada pengguna kami dalam tiga langkah mudah. Pilihan pembayaran yang kami sediakan termasuk perbankan dalam talian, kad kredit, kad debit serta gerbang pembayaran e-dompet seperti Boost dan GrabPay,” katanya.

Mengenai prestasi kewangan JomParking, Muhamad Nasir berkata, syarikat itu telah bersedia untuk berkembang maju pada tahun yang akan datang memandangk­an, tempat letak kereta digital sudah mula mendapat sambutan di peringkat global.

“Kami telah melihat pertumbuha­n dari tahun ke tahun yang kukuh sebanyak tiga kali ganda pada tahun sebelumnya. Tahun ini, kami mensasarka­n untuk mencapai RM10 juta dalam hasil,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia