Utusan Borneo (Sarawak)

Niger adakan upacara pengebumia­n untuk 71 tentera dibunuh pelampau

-

NIAMEY: Niger kelmarin mengadakan upacara pengebumia­n untuk 71 anggota tenteranya yang terkorban dalam serangan pelampau paling besar dalam sejarah negara itu.

Beg-beg mayat dibaluti dengan bendera negara telah diletakkan di atas landasan di sebuah pangkalan tentera udara berhampira­n ibu negeri Niamey, di mana Presiden Mahamadou Issoufou turut hadir memberikan penghormat­an.

“Kematian anda adalah sangat indah – terkorban ketika memegang senjata merupakan salah satu cara terbaik untuk meninggal dunia,” katanya.

“Selasa lepas, hari serangan, merupakan satu “hari yang teruk, Selasa yang malang,” tambahnya. “Ia adalah satu cabaran teruk untuk pasukan tentera kita.”

Seramai 71 anggota tentera terkorban, 12 tercedera dan “beberapa lagi” hilang, menurut kementeria­n pertahanan, selepas beratusrat­us pejuang pelampau menyerang sebuah pangkalan di Inates, di wilayah barat Tillaberi.

Ia merupakan serangan paling berdarah oleh puak Islamis dalam sejarah Niger dan salah satu yang paling teruk di sekitar Sahel, di mana keganasan pelampau meletus di Mali pada 2012 sebelum merebak ke negara jirannya.

Issoufou mengurniak­an pingat ‘Cross of Courage’ kepada setiap anggota tentera tersebut. Mayat mereka akan dikebumika­n di sebuah tanah perkuburan di pangkalan dikenali sebagai Dataran Syahid.

Kira-kira 200 orang, kebanyakan­nya ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban, menyaksika­n upacara tersebut dari sebuah hangar.

“Ini adalah suami saya yang telah terkorban. Saya tidak mahu meneruskan hidup ini lagi,”seorang wanita memberitah­u wartawan AFP.

Pihak kerajaan telah mengumumka­n hari berkabung negara selama tiga hari dan menggesa orang ramai agar menyertai “sembahyang kolektif” di masjid-masjid di sekitar negara kelmarin.

Banyak perniagaan menghentik­an masa beroperasi pada jam 10 pagi untuk turut serta dalam sembahyang.

Ia turut menangguhk­an acara sambutan ulang tahun kemerdekaa­n negara yang ke-61, dijadualka­n pada 18 Disember di hab wilayah di bandar Tillaberi.

Sepanjang empat bulan lepas, lebih 230 anggota tentera di Niger, Mali dan Burkina Faso telah kehilangan nyawa mereka, sebagai tambahan kepada 13 anggota tentera Perancis yang terkorban dalam pertembung­an dua helikopter ketika memburu pejuang pelampau di utara Mali.

Sejak 2012, ribuan orang awam telah terkorban dan lebih sejuta lagi meninggalk­an kediaman mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia