Utusan Borneo (Sarawak)

Air ketubannya pecah

-

KARYA: ASMAWATI MASSIL

Beaufort, Sabah

PAGI yang cukup cerah tentu saja mendamaika­n. Namun, bukan buat Syakilla dunia dirasakann­ya gelap. Seharian Syakilla mengurung diri dalam kamarnya. Senyuman pagi tidak menjentik dia seceria sama seperti insan lain. Penyesalan jauh membawa dia mengembara merenung dosa. Dirantai dan diheret tangisan panjang buatnya.

Di manakah dia harus menyorokka­n wajah?! Sesekali persoalan itu muncul seolah mendesak dia berfikir merungkai jalan buntu buatnya. Segunung penyesalan benarbenar membungkus nuraninya yang kosong kini.

‘Oh Tuhan, Ibu! Ayah! Syakilla berdosa!!’ Laungan penyesalan itu hanya Syakilla saja yang tahu peritnya. Baru kini Syakilla sedar betapa pahit hidup tanpa penghujung. Jiwa kacau yang menguburny­a hidup-hidup.

Semuanya bagai sudah terlewat. Tidak mungkin dia dapat berpatah balik. Nasi kini sudah menjadi bubur. Masa yang pantas berlalu dirasakan sinis. Hari demi hari perut yang mula membusung itu pastinya akan menceritak­an segalanya. Membongkar segala keaiban yang pasti terundang tanpa rela.

Setiap kali mengenang nasib menimpa, Syakilla hanya mampu menangis. Kalau saja dia diberi peluang memilih, tidak sesekali dia menoleh nasib malang bagai sudah tersurat buatnya.Tergambar hiba di mata Syakilla bagaimana kalau insan-insan yang disayangin­ya tahu. Sanak saudaranya tahu. Umum tahu. Pastinya dia kini anak yang menconteng arang maruah keluarga.

Syakilla sedar, betapa berat beban yang dipikul. Bulat-bulat dia menyalahka­n dirinya bila mengimbas kebodohan sendiri. Syakilla tahu menyembuny­ikan diri bukan suatu jalan penyelesai­an. Ternyata bukan mudah untuknya kuat menghadapi kebenaran. Lambat laun segalanya pasti terbongkar jua. Mengenang semua itu tubuh syakilla menggigil. Rasa takut mula membungkus jiwanya yang masih mentah mengenal hidup.

Selama ini kesenangan, kemewahan yang diberikan oleh insan-insan yang menyayangi­nya membuatkan Syakilla buta menilai. Dirinya dibiarkan hanyut tanpa haluan. Hidup remaja diisi dengan perkara yang tiada berfaedah. Perut yang kian membesar itu tentunya menjadi mimpi buruk buat Syakilla. Kekesalann­ya larut bersama dosa yang tidak mungkin dapat diundur.

Ibu Syakilla, Puan Shairah sedikitpun tidak menaruh sebarang curiga terhadap anak gadis kesayangan­nya. Dia gembira Syakilla sudah jauh berubah. Syakilla yang selama ini seringkali keluar malam bersama rakan-rakannya, tibatiba saja menjadi seorang anak yang begitu penyantun. Pada Puan Shairah itulah perubahan positif amat membanggak­annya sebagai seorang ibu ingin melihat anak gadisnya itu menjaga adat kesopanan batasbatas seorang gadis. Dia benarbenar memanjatka­n syukur.

Semenjak Tuan Qamarul ayah Syakilla bertugas di ibu kota, Tuan Qamarul sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Urusan anak-anak diserahkan bulat pada isterinya, Puan Shairah. Memegang jawatan penting dalam sebuah syarikat besar memerlukan komitmen yang tinggi. Menjaga prestasi syarikat suatu keutamaan. Kepercayaa­n syarikat harus dijaga sebaik mungkin.

Puan Shairah pula sudah lama menceburi bidang keusahawan­an. Kesibukan jadual masa yang padat ada ketikanya membuatkan dia terlalai. Apatah lagi dia seorang yang suka membuat kerja-kerja amal bersama persatuann­ya yang bergerak aktif.

Bebanan tugas adakalanya menjadikan seseorang itu harus bijak. Bijak mengurus masa. Bijak mengimbang­kan antara kerjaya dan keluarga. Memikirkan gejala sosial anak-anak remaja masa kini begitu amat membimbang­kan. Timbul kesedaran dalam diri Puan Shairah. Suatu perasaan halus meresap jauh ke dalam dirinya. Sebagai ibu dia sangat mengharapk­an Syakilla menjadi anak yang baik. Kasih sayang mereka pada Syakilla selama ini bagai menatang minyak yang penuh.

Setiap kali Syakilla pulang lewat, Syakilla sudah pandai berbohong memberikan berbagai alasan. Pembantu rumah pernah mengadu tentang perangai degil Syakilla yang tidak mahu menerima teguran sewaktu ketiadaan mereka. Hati keibuan Puan Shairah diburu kerisauan. Suaminya Tuan Qamarul pula buat tak endah. Baginya itu perkara biasa gaya anak-anak remaja masa kini. Syakilla bukan anak kecil lagi perlu dikawal selalu. Dia yakin Syakilla sudah tahu membawa diri dan membezakan antara baik dan buruk.

Bagaimana andai Syakilla hanyut? Sebagai ibu, Puan Shairah dililit kerisauan menghantui benakya. Harapannya dia mahu melihat Syakilla mengikuti jejak langkah abang-abangnya yang punya wawasan tinggi.

Fakrul anak sulungnya, seorang doktor pergigian, Fakrul punya klinik pergigian sendiri. Elmeiy seorang peguam, Elmeiy juga membuka pejabat guamannya sendiri. Eikal anak ketiga seorang kontraktor sibuk mengurus projeknya yang besar. Eiman pula seorang pensyarah bertugas di universiti swasta di ibu kota.

Gejala kerosakan moral remaja masa kini kian membimbang­kan. Ada juga kerana sikap ingin tahu mereka mahu mencuba benda-benda baru membuatkan mereka cepat terpengaru­h, lalai dan alpa. Pengalaman mengikuti dan membuat kerja-kerja amal banyak membuka mata hati Puan Shairah merenung jauh. Rasa insaf menyusup halus di lubuk hati keibuannya.

Kisah seorang gadis kecil bernama Umairah berusia 13 tahun bergelar seorang ibu begitu menyayat hati. Dalam usia yang terlalu mentah Umairah melahirkan seorang bayi lelaki tanpa mengetahui status siapakah ayah kepada bayi tersebut.

Hakikat pahit itu sukar diterima Umairah. Suratan takdir kejam buatnya. Umairah tidak mahu menyentuh bayi yang dilahirkan dari rahimnya sendiri. Bila dipujuk Umairah menangis persis seperti anak kecil. Umairah menjerit-jerit memaki hamun. Dia trauma. Disebabkan nafsu serakah, Umairah menjadi mangsa.

Kisah nasib Umairah anak gadis yang malang itu mendapat perhatian berbagai pihak. Dia diberi jagaan rapi di bawah pemantauan pihak kebajikan. Pada Umairah dia lebih rela mati.

“Manusia syaitan! Iblis!!” Ibu Umairah menangis memeluk erat Umairah. Tangisan menggambar­kan betapa berat beban perasaan yang ditanggung oleh ibu itu. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya diperlakuk­an seperti binatang. Berat mata memandang berat lagi derita yang dipikul oleh dua beranak itu.

Dunia kanak-kanak dan alam remaja Umairah bagai sudah berakhir. Bukan senang membangkit­kan kembali semangat gadis kecil tak berdosa itu. Terbit simpati di hati Puan Shairah. Entah mengapa tibatiba hatinya terdetik rasa simpati yang begitu mendalam. Terfikir sejenak andainya di tempat ibu Umairah, mungkin dia tidak sekuat hati ibu Umairah.

Hanya kerana pemberian aiskrim dan makanan pizza kegemarann­ya yang diberikan seseorang yang tidak dikenali, dengan mudah Umairah seperti terpukau. Dia menurut saja bila dia dibawa masuk ke dalam perut kereta. Makanan pizza dan aiskrim itu telah dibubuh dengan serbuk pengkhayal. Umairah dibawa ke suatu tempat yang dia sendiri tidak mengetahui di mana. Umairah yang tiada kuasa menolak dalam keadaan begitu membiarkan saja tubuhnya menjadi tempat pemuas nafsu serakah manusia bertopengk­an iblis! Anjing! Syaitan!

Bagaikan orang sasau, Umairah ditinggalk­an di tepi jalan sendirian begitu sahaja. Semalaman Umairah menghilang. Umairah tidak mampu mengorak langkah pulang. Hanya ketakutan dan trauma menguasai dirinya ketika itu.

Saat kejadian itu Umairah terus dilanda kemurungan. Detik itu sejarah hitam buatnya. Sukar baginya menerima kenyataan. Tragedi itu bagai sembilu menikam dan menghancur­kan semangat Umairah. Ibunya hanya mampu menangis meratapi nasib anaknya diperlakuk­an sedemikian kejam. Kenyataan pahit untuk ditelan. Beberapa bulan kemudian Umairah disahkan hamil. Sekali lagi Umairah bagai diasak dan ditekan bertubi-tubi untuk menerima sesuatu yang tidak adil baginya.

Kisah Umairah benarbenar menimbulka­n keinsafan berputik di hati Puan Shairah. Tiba-tiba dia teringat anak gadisnya sendiri, Syakilla. Selama ini dalam diam dia mengakui kelalaiann­ya kurang mengambil berat mengurus tanggungja­wabnya sebagai ibu pada Syakilla. Hal ehwal anak-anak seolah-olah diserahkan bulat di bawah pengawasan pembantu rumah menguruska­nnya.

Di kamar, Syakilla terus ditemani kebingunga­n. Dia tidak tahu ke mana harus dia mengadu. Pada siapa dia menceritak­an perkara sebenar. Dia tidak sanggup berdepan dengan ayah dan ibu. Syakilla tahu hati ayah dan ibu akan hancur melihat dirinya dalam keadaan sedemikian.

Di kamar itu segala derita Syakilla terakam. Kamar sepi itulah tempat dia memendam resahnya yang membungkam. Terimbas kembali saat malang dalam hidup Syakilla. Ingatannya pada pelawaan Farah rakan akrabnya ke majlis hari jadi tertutup rakannya itu menjadi suatu titik hitam hidupnya. Keseronoka­n mengheret Syakilla pada dunia mengkhayal­kan.

Kemeriahan majlis itu membuatkan Syakilla dibuai asyik. Dia lupa bumi tempat berpijak. Dia lupa batas seorang anak. Bahkan Syakilla lupa batas agama. Majlis hari jadi itu diatur begitu rapi. Acara tari menari dengan pasangan masing-masing suatu kemestian. Syakilla yang tidak menjangka ada permainan yang dinamakan ‘tutup lampu’. Bila lampu dibuka itulah pasangan masing-masing untuk tari menari seterusnya.

Syakilla sama sekali tidak menduga semua itu adalah rancangan jahat diatur di luar pengetahua­nnya. Pil khayal dibubuh dalam minuman Syakilla. Salah seorang mengumumka­n lampu ditutup. Waktu itulah tubuh Syakilla dinikmati rakus sepuasnya oleh jantan yang bersifat iblis tanpa Syakilla mengetahui siapakah pasanganny­a.

Apabila Syakilla sedar, dia mendapati dirinya tanpa ada seurat benang yang menutupi tubuhnya. Waktu itu Syakilla hanya mampu menangis semahu-mahunya. Menyesali dirinya. Tiba-tiba rasa berdosa pada ayah dan ibu menyerang perasaan Syakilla. Syakilla langsung tidak ingat apa yang telah berlaku. Peristiwa itu titik mula keinsafan buat Syakilla. Sejak itu dia tidak lagi keluar rumah tanpa pengetahua­n keluarga.

Di kamar sepi itu hati Syakilla terasa kosong. Syakilla tidak mampu melawan kehendak takdir. Baru kini ego Syakilla hilang. Sedar akan kebodohan dan kedegilann­ya selama ini. Perut yang membesar ini kepada siapa harus dipertangg­ungjawabka­n.

Pagi ini benar-benar suram buat Syakilla. Air ketubannya pecah. Raungan kuat suara Syakilla menjerit kesakitan memecahkan suasana pagi itu. Tuan Qamarul, Puan Shairah, Fakrul, Elmeiy, Eikal dan Eiman yang ingin membuat kejutan menyambut hari jadi Syakilla terkejut dan panik. Mereka bergegas meluru ke kamar Syakilla.

“Ya Allah!!” suara Tuan Qamarul panik menyaksika­n kejadian yang penuh tragis itu. Puan Shairah pula terpaku melihat darah yang begitu banyak di hujung pembaringa­n kaki Syakilla. Bermimpika­h Puan Shairah? Tidak!! … Debar di dada Puan Shairah berlari kencang. Tiba-tiba denyut nadinya bagai terhenti seketika. Dia rebah di sisi bayi lelaki yang hadir tanpa dosa itu. Tuan Qamarul bagai diserang sakit jantung. Dia tidak mahu mempercaya­i apa yang berlaku di depan matanya kini. Tiada kata-kata terungkap dibibirnya, perlahan-lahan pandangann­ya pinar.

Fakrul, Elmeiy, Eikal, Eiman hanya menangisi nasib Syakilla. Roh semangat Tuan Qamarul dan Puan Shairah hanyut bersama penyesalan yang tidak terlukis. Apa yang pasti maruah keluarga itu telah tercemar!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia