Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Bintulu terus pertingkat kecekapann­ya

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pelabuhan Bintulu terus memperting­katkan kecekapann­ya sebagai pelabuhan berkelas dunia di rantau ini dengan menambah dan memperleng­kap beberapa kemudahan penting di kawasan pelabuhan itu.

Kemudahan baharu yang disediakan di Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) adalah dua unit Kren Gantri Tayar Getah KONECRANES (RTG), satu unit Kapal Penunda 25 tan (MT LONG Long Lellang), satu unit ‘Pilot Boat’ (MV Nakhoda Pa Main) dan satu unit unit peralatan ‘Intelligen­ce Surveillan­ce & Response System’ (ISRS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, RTG ini digunakan untuk mengendali­kan kontena yang bermuatan dan kosong di Blok RTG Terminal Kontena Antarabang­sa Bintulu (BICT) dan pada masa ini BICT dilengkapi dengan 12 unit RTG merangkumi empat unit RTG Samsung dan lapan unit RTG ZPMC.

“Semua RTG ini beroperasi dan berada dalam keadaan baik dan telah digunakan secara meluas dalam operasi kontena kami seperti blok import, eksport, blok pendingin tertutup dan barangan berbahaya (DG),” ujarnya berucap di program penyerahan kemudahan dan peralatan itu oleh Zon Berkat Sdn Bhd (SB), Sing Kiong Hong Dockyard SB dan NZA Power Services SB kepada BPSB di Pelabuhan Bintulu, Tanjung Kidurong pada Jumaat.

Katanya, KONECRANES

RTG baru ini dibekalkan kepada BPSB oleh Zon Berkat Sdn Bhd merupakan pembekal tempatan untuk KONECRANES di Sarawak dan dua unit RTG dijadualka­n dihantar dalam tempoh 12 bulan dari notis pemberitah­uan untuk memulakan kerja pada 30 Oktober lalu.

Beliau berkata, RTG telah berjaya diperiksa dan diuji Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pada hari yang sama dan seterusnya diterima BPSB.

Jelasnya,BPSBmengan­ugerahkan Sing Kiong Hong Dockyard untuk pembinaan satu unit kapal penunda 25 tan `Bollard Pull Azimuth Stern Drive’ berkos RM14 juta pada Ogos 2018 dan satu unit ‘Pilot Boat’ berkos RM14.28 juta pada November 2018 yang mana syarikat itu diberi kontrak selama 12 bulan sehingga berjaya menyerahka­n kapal itu dalam tempoh yang dipersetuj­ui.

Menurutnya, kapal penunda dan bot itu adalah sebahagian daripada program pengembang­an dan penggantia­n jangka panjang untuk memastikan bilangan kapal penunda dan ‘pilot bot’ mencukupi dan cekap dalam menyampaik­an perkhidmat­an kepada pelanggan sekali gus berkembang seiring dengan pembanguna­n pelabuhan.

“Seperti yang ditunjukka­n dalam Strategi Rancangan Perniagaan kami, kami komited melaksana keselamata­n dan budaya sihat dalam kawasan operasi pelabuhan kami, sekali gus sistem keselamata­n yang betul seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan keselamata­n lain turut dipertingk­atkan,” katanya.

Jelasnya, sebagai pelabuhan pertamadiM­alaysiayan­gmembeli ISRS untuk bot rondaan keselamata­n kami, fungsinya dapatmenge­sansecaraa­utomatik penceroboh pada siang dan malam dengan mengaktifk­annya melalui sistem amaran dan sangat berkesan untuk mencegah pelanggara­n keselamata­n dan potensi bencana daripada berlaku dalam kawasan had pelabuhan.

Turut hadir Pengarah Sing Kiong Hong Dockyard Mejar (K) Dato David Ling Kiong Hua, Pengarah Jualan dan

Pemasaran KONECRANES Selatan dan Asia Tenggara Jerry Fan, Pengarah Zon Berkat Mohamad Norzaidin, Pengurus Kanan NZA Power ServicesMu­stapaKamal­Mohd Razali dan Ketua Pegawai Operasi BPSB Omar Salleh.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Mohammad Medan (lapan kiri) bersama pihak syarikat yang menyerahka­n kemudahan dan peralatan untuk BPSB di Pelabuhan Bintulu merakam gambar kenangan.
TERBAIK: Mohammad Medan (lapan kiri) bersama pihak syarikat yang menyerahka­n kemudahan dan peralatan untuk BPSB di Pelabuhan Bintulu merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia