Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun khas anggota bomba dibayar pada Januari

Elaun khas RM200 seorang kepada 14,400 anggota JBPM bukti kerajaan hargai jasa serta pengorbana­n mereka: Ling

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Sesungguhn­ya jasa dan pengorbana­n anggota bomba tidak ternilai dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat.

MIRI: Elaun khas sebanyak RM200 seorang kepada 14,400 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang akan dibayar Januari depan bukti kerajaan menghargai jasa serta pengorbana­n mereka.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, anggota bomba bukan hanya bertugas memadam kebakaran tetapi juga memberi perkhidmat­an lain yang diperlukan masyarakat.

“Sesungguhn­ya jasa dan pengorbana­n anggota bomba tidak ternilai dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Atas jasa itu kerajaan menerusi Belanjawan 2020 ‘menghadiah­kan’ mereka elaun RM200 yang akan

Senator Alan Ling

dibayar Januari depan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Elaun itu tambah Ling, bertujuan menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat demi masyarakat dalam pelbagai misi, khidmat

Ahli Dewan Negara

kemanusiaa­n, pengurusan bencana serta kemalangan.

Pada masa sama, bantuan itu juga sekurang-kurangnya dapat meringanka­n bebas kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini.

“Permohonan mereka yang dibuat sejak 2015 itu telah mendapat balasan positif daripada kerajaan pusat dan ia akan ditunaikan pada tahun 2020,” jelasnya.

Menurut Ling, tugas anggota bomba khasnya di Miri amat dihargai terutama dalam berdepan bencana alam seperti musim kemarau, banjir dan sebagainya.

“Sebagai contoh, mereka bertugas dari pagi hingga ke lewat malam untuk memadam kebakaran belukar di Miri seterusnya memastikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak terus meningkat, “jelasnya.

Alan yang juga setiausaha Pakatan Harapan Sarawak yakin dengan kemampuan anggota bomba Sarawak dalam menghadapi sebarang bencana alam khasnya di Miri.

 ??  ?? ALAN LING
ALAN LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia