Utusan Borneo (Sarawak)

Pengukuran NCR Betong dicadang ikut model komuniti Bidayuh di Bau

-

BETONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencadangk­an pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di kawasan ini dibuat mengikut model yang digunakan oleh komuniti Bidayuh di Bau.

Menurut Abang Johari, komuniti Bidayuh di Bau mengukur tanah NCR mereka di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri menerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Saya akan minta pengarah JTS berhubung dengan anda di sini dan sama-sama berbincang mengenai kerja-kerja pengukuran tanah ini.

“Residen mungkin boleh tubuhkan Jawatankua­sa Pasukan Petugas dan kita boleh ukur seperti di Bau kerana lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada salah seorang pemimpin masyarakat pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Dewan Stephen Kalong Ningkan di sini semalam.

Kerja-kerja pengukuran tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri adalah untuk pengeluara­n surat hak milik bagi lot individu.

Bagi mempercepa­tkan kerja-kerja penyukuran tanah, kerajaan katanya menambah 464 juruukur yang akan turut dihantar ke Betong.

Mengenai masalah pengangkut­an di Politeknik Betong, Abang Johari berkata kerajaan negeri sedia menyediaka­n sebuah bas baharu berkapasit­i 20 penumpang.

Bagaimanap­un katanya, pemberian bas tersebut adalah bergantung kepada kelulusan daripada pihak Politeknik sendiri kerana soal pendidikan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n.

Selain masalah pengangkut­an, turut disuarakan masalah tempat kediaman bagi pelajar Politeknik Betong daripada kumpulan B40.

Masalah ini menurut Abang Johari akan dibincangk­an bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Soal kediaman untuk Politeknik adalah di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jadi kita di peringkat kerajaan negeri ada masalah untuk membantu meskipun kita tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

“Jadi bincang dulu dengan pihak pengurusan dan jika mereka benarkan kerajaan negeri membantu kita akan bantu,” katanya.

 ??  ?? AMANAT: Abang Johari pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Betong semalam.
AMANAT: Abang Johari pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia