Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Batang Rajang dijangka siap April 2020

Dibina dengan kos RM120 juta, ia siap dua bulan lebih awal daripada perancanga­n, kata Baru

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Projek ini merupakan sebahagian daripada skop kerja Kontrak Pakej Kerja Persimpang­an Bintangor ke Jambatan Sungai Kua (WPC 07) yang dilaksanak­an Hock Seng Lee Dhaya Maju Infrastruc­ture Asia JV.

SIBU: Pembinaan kembar kepada Jambatan Durin iaitu Jambatan Batang Rajang dijangka siap sepenuhnya pada April 2020, sekali gus perjalanan balik kampung menjelang Hari Gawai tahun depan menjadi lebih selesa.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, kembar Jambatan Durin yang dibina dengan kos RM120 juta siap dua bulan lebih awal daripada perancanga­n, yang akan membolehka­n pengguna jalan raya menikmati laluan empat lorong dua hala sepenuhnya dari Sibu ke Durin untuk menyeberan­gi Batang Rajang.

"Projek ini merupakan sebahagian daripada skop kerja Kontrak Pakej Kerja Persimpang­an Bintangor ke Jambatan Sungai Kua (WPC 07) yang dilaksanak­an Hock Seng Lee Dhaya Maju Infrastruc­ture Asia JV.

"Jambatan ini yang dibina sepanjang 1.2 kilometer dengan ketinggian 20 meter merupakan jambatan kembar kepada jambatan sedia ada yang dibina pada tahun 1990-an.

"Jambatan Durin ini merupakan salah satu kejayaan kejurutera­an kerana merupakan jambatan terpanjang di jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dengan jadual tempoh pembinaan selama empat tahun, berbanding tempoh pembinaan jambatan kembarnya selama 10 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian

Baru Bian

Menteri Kerja Raya

semasa berucap merasmikan Majlis Simbolik Penyambung­an Jambatan Durin Sibu, Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sibu, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembanguna­n) Kementeria­n Kerja Raya Datuk Badrul Hisham Mohd, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How, Pengarah Urusan Hock Seng Lee Berhad Datuk Paul Yu, Ketua Komunikasi Korporat LBU Nor Zalida Ahmad, Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak Mohd Zaki Mahyudin, Pengurus Projek WPC 07 Liew Hin Leong dan kenamaan lain.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak merupakan salah satu inisiatif kerajaan persekutua­n dalam menambah baik jaringan jalan raya sedia ada di Sarawak dari Sematan ke Miri dan pembinaan jalan baharu dari Telok Melano ke Sematan yang telah siap dibina pada 6 Januari 2019.

Selain itu, pembinaan komponen antara lainnya seperti tiga Rest & Service Area (RSA), enam 'layby', 25 persimpang­an bertingkat, 115 jambatan dan hentian bas pastinya dapat meningkatk­an keselamata­n dan keselesaan pengguna jalan raya, tambahnya.

Beliau berkata lagi, menerusi penglibata­n rakyat tempatan Sarawak dalam projek ini sebagai perunding, vendor, pembekal mahupun kontraktor, jelasnya ramai tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam kalangan anak tempatan Sarawak dapat dilahirkan dan secara tidak langsung memberi sumbangan kepada pembanguna­n negeri Sarawak khususnya.

"Bukan itu sahaja malah projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bakal menghubung­kan pelabuhan, kawasan perindustr­ian dan pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya.

"Projek ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) untuk membolehka­n Sarawak mencapai taraf negeri maju," ujarnya.

 ??  ?? SEMPURNA: Baru melakukan simbolik penyambung­an Jambatan Durin Sibu, Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sibu semalam, sambil diperhatik­an oleh yang lain.
SEMPURNA: Baru melakukan simbolik penyambung­an Jambatan Durin Sibu, Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sibu semalam, sambil diperhatik­an oleh yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia