Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan berusaha pupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum

-

KUCHING: Kerajaan sentiasa berusaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini serta menolak sentimen perkauman.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna Chong Chieng Jen berkata demikian kerana masih ada pihak yang suka mempolitik­kan isu perkauman dan jika ini berterusan ia akan memudaratk­an negara.

"Oleh itu, memupuk semangat perpaduan merupakan agenda utama kerajaan sekarang agar rakyat di Malaysia dan Sarawak khasnya dapat hidup harmoni bersama tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyempurn­akan Program Jalinan Perpaduan Bersama Komuniti dan Pra-Krismas di SK St David, Kampung Bumbok di sini, malam kelmarin (Sabtu).

Terdahulu wakil Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN) Sarawak Rose Jonathan Garau ketika berucap pada majlis yang sama, berkata pihaknya menjalanka­n Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk pembanguna­n masyarakat.

Ia antara lain bertujuan memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat setempat.

"Objektif program ini adalah untuk mengeratka­n perpaduan dan persaudara­an antara KRT, mendekatka­n lagi KRT kepada masyarakat sebagai NGO yang dapat menjalin perpaduan dalam kalangan masyarakat dan memberi ruang kepada KRT mengenali dan menjalin kerjasama dengan NGO-NGO lain di bahagian Kuching," jelasnya.

Pelbagai acara diadakan sepanjang Program Jalinan Perpaduan Bersama Komuniti itu antaranya Sukaneka Perpaduan, Pertanding­an Suara Perpaduan, Pertanding­an Tarian Kreatif dan Pertanding­an Ratu Perpaduan.

Chong turut menyampaik­an hadiah kepada para pemenang bagi acara Sukaneka Perpaduan yang telah dimenangi KRT Kampung Segedup.

Sementara, Suara Perpaduan dimenangi Nurfaizah Apandi daripada KRT Taman Malihah, Tarian Kreatif dimenangi kumpulan daripada KRT Kampung Sinar Budi Baru dan Ernie Voon dinobatkan sebagai Ratu Perpaduan.

Hadir sama, Pegawai Perpaduan Bahagian Kuching Suzana Busalam, Pengerusi Jawatankua­sa Permuafaka­tan KRT Zon B Hamidion Bustaman, Pengerusi KRT 4S Jisin Nyud dan Guru Besar SK St David Bumbok Diwok Seri.

 ??  ?? TAHNIAH: Chong menyampaik­an hadiah kepada kumpulan KRT Kampung Sinar Budi, johan Pertanding­an Tarian Kreatif. Turut kelihatan, Rose (kanan).
TAHNIAH: Chong menyampaik­an hadiah kepada kumpulan KRT Kampung Sinar Budi, johan Pertanding­an Tarian Kreatif. Turut kelihatan, Rose (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia