Utusan Borneo (Sarawak)

150 disantuni pada Program Sejambak Kasih Krismas di Dalat

-

MUKAH: Seramai 150 penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menerima sumbangan wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM50 pada Program Sejambak Kasih Krismas dekat sini, semalam.

Majlis diadakan di Dewan Serba Guna Kampung Tanam, Dalat.

Majlis yang disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Dato Sri Fatimah Abdullah itu turut menyaksika­n majlis perasmian dewan tersebut.

Fatimah dalam ucapannya mengatakan, sambutan Krismas dapat diraikan penganut Kristian di negeri ini dengan aman dan apa yang lebih unik terutama di Sarawak turut diraikan bersama walaupun berlainan agama.

"Inilah keunikan Sarawak yang telah kita lihat sejak dari dahulu lagi," katanya pada majlis berkenaan.

Kehidupan harmoni seperti itu harus dikekalkan bukan sahaja untuk generasi kini namun juga untuk kepentinga­n kestabilan generasi akan datang.

Kampung Tanam katanya, mempunyai banyak potensi yang terdiri daripada pelbagai aspek, antaranya adalah dalam aspek pencapaian pendidikan.

Ini kerana beliau telah melihat komitmen tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan terhadap setiap aktiviti sekolah di kampung berkenaan.

Kampung Tanam juga berpotensi dalam mengeluark­an bakat-bakat baharu dalam bola sepak.

Kampung Tanam mempunyai kemudahan padang bola sepak dan ia dapat digunakan sebaiknya terutama oleh golongan belia serta anak-anak kampung tersebut.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat merangkp Pemangku Residen Mukah Kueh Lei Poh dan Penghulu Kampung Tanam Rose Josaphat Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia