Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan politikkan cadangan penyertaan ekuiti dalam Petronas: Chong

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak seharusnya cuba bermain politik berhubung cadangan penyertaan ekuiti dalam Petronas.

“Idea penyertaan Sarawak dalam ekuiti Petronas telah dibangkitk­an dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan beliau tidak membantah cadangan tersebut.

“Semua yang berada dalam Jawatankua­sa Pemandu itu sedia maklum mengenai cadangan ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, malah jawatankua­sa tersebut menentukan perincian penyertaan ekuiti Sarawak dalam Petronas yang akan dibincangk­an antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kedua-dua

Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Oleh itu ujarnya, adalah tidak sesuai untuk beberapa pemimpin GPS mendakwa mereka tidak tahu mengenai tawaran tersebut.

Hakikatnya, menurut Chong, penyertaan ekuiti Sarawak dalam pengeluara­n minyak dan gas bermula dengan loji-loji Gas Asli Cecair (LNG), Kerajaan Sarawak memegang lima peratus (5 peratus) saham dalam Malaysia LNG Sdn Bhd, 10 peratus saham masing-masing dalam Malaysia LNG Dua Sdn Bhd dan Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd.

“Akhbar New Strait Times pada Januari 2018 melaporkan bahawa Kerajaan Sarawak memperoleh 10 peratus ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd di Bintulu.

“Akhbar The Star pula pada April 2018 melaporkan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) mengumumka­n bahawa Kerajaan Sarawak memperoleh 15 peratus saham dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd, meningkatk­an penyerytaa­n ekuiti Sarawak dalam syarikat itu kepada 25 peratus,” ujarnya.

Semasa membuat pengumuman itu, SFS juga memaklumka­n bahawa sejak pengeluara­n pertamanya (Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd) pada 1983 hingga 2017, Kerajaan Sarawak telah menerima dividen RM20 bilion daripada pelaburann­ya dalam syarikat berkenaan, katanya.

Beliau menambah, ratusan juta ringgit dalam bentuk dividen diperolehi Sarawak setiap tahun.

“Jika pemegang-pemegang saham dalam syarikat-syarikat LNG boleh mendapat pulangan yang baik, begitu juga pemegang-pemegang saham dalam Petronas.

“Hakikatnya, semasa Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, beliau berkata Sarawak seharusnya memperoleh ekuiti dalam Petronas tetapi sedihnya, ketika itu kerajaan persekutua­n di bawah BN (Barisan Nasional) enggan ‘melucutkan’ mana-mana bahagian sahamnya dalam Petronas kepada Kerajaan Sarawak.

“Ini kerana kerajaan persekutua­n di bawah BN ketika itu mahu memiliki semua dividen dan pulangan Petronas yang menguntung­kan hasil pegangan sahamnya,” ujar Chong.

Beliau juga mempersoal­kan tindakan pemimpin-pemimpin GPS yang menolak tawaran itu apabila ditawar oleh kerajaan PH sedangkan sebelum ini, permintaan sama dikemukaka­n Kerajaan Sarawak ditolak kerajaan BN.

“Jelas sekali pemimpinpe­mimpinGPSh­anyabermai­n politik dengan mendakwa tidak tahu mengenai perkara itu dan membantah tawaran tersebut.

“Saya dengan ikhlas merayu kepada mereka (pemimpinpe­mimpin GPS) apa jua mainan politik yang mereka mahu lakukan, janganlah membahayak­an masa depan serta kepentinga­n Sarawak dengan melepaskan peluang keemasan untuk memiliki ekuiti dalam Petronas seperti diinginkan oleh bekas Ketua Menteri (Allahyarha­m Adenan),” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia