Setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan: Ling
MIRI: Setiap kanak-kanak mempunyai hak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.
Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kebajikan kanak-kanak akan terbela dan diberi perhatian sepenuhnya.
“Kita akan memastikan tiada kanak-kanak akan terpinggir daripada mendapat hak mereka. Inilah komitmen kita dalam kerajaan PH, “tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya anjuran Persatuan Perkhidmatan Keupayaan Miri (PPKM) semalam.
Ling yang juga setiausaha PH Sarawak berkata, sehingga Mei lalu, seramai 10,948 murid berkeperluan khas (MBK) mendaftar ke sekolah sejak Kementerian Pendidikan melancarkan Zero Reject Policy.
Polisi memastikan MBK menerima pendidikan selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Inklusif atau ke Sekolah
Pendidikan Khas.
“Polisi ini juga memastikan semua kanak-kanak termasuk golongan istimewa dan tidak memiliki dokumen mendapat pendidikan,” jelasnya.
Selain menambah kemasukan pelajar istimewa, seramai 2,635 pelajar tidak memiliki dokumen (statistik dari bulan Mei) mendapat pendidikan di sekolah arus perdana.
Kementerian juga berjaya mendaftar semula 262 pelajar terciciruntukkembalikesekolah menerusiProgramPerintisSifar Murid Cicir (PSMC).
Sejumlah RM23 juta diperuntukkan bagi memastikan sekolah kebangsaan mempunyai kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).
Semua warga OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH). Pada masa kini, BSH adalah sebanyak RM1,000 setahun.
Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.
Ling berkata, peruntukan yang diumumkan untuk warga OKU dalam Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan pada 11 Oktober lalu.
Hadir sama semalam, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.