Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti tambahan bukti sensitif kepada keperluan rakyat

-

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata pertimbang­an seperti inilah telah mewujudkan keharmonia­n kaum dan agama di Sarawak sejak bertahun lamanya.

“Bagi saya cuti tambahan untuk perayaan atau aktiviti utama di Sarawak seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Hari

Gawai dan Tahun Baharu Cina menggambar­kan kepelbagai­an agama serta budaya

Timbalan Ketua Menteri

di negeri ini.

“Pemberian cuti tambahan ini kepada setiap kaum untuk meraikan perayaan masingmasi­ng tidak hanya menggambar­kan kerajaan yang adil tetapi sensitif kepada keperluan rakyat,” katanya menerusi kenyataan akhbar, semalam.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata terlalu mengutamak­an masa bekerja tanpa mengambil kira keperluan manusia tidak baik bagi mana-mana komuniti.

“Manusia hanya produktif jika kita membenar dan memberi mereka masa untuk bergembira dan memuaskan hati! Seperti orang sering berkata, bekerja sahaja, tanpa beriadah menjadikan hidup kita bosan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kerajaan Negeri Sabah memberi cuti tambahan sehari sempena Krismas iaitu 24 dan 25 Disember.

Pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu menjadikan Sabah negeri pertama di Malaysia berbuat demikian.

Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada satu majlis di Bau berkata kerajaan negeri sedia mempertimb­angkan pemberian cuti tambahan sehari sempena Krismas bagi Sarawak.

Bagaimanap­un ujarnya, cuti tambahan itu tidak dapat diputuskan sekarang kerana semakan perlu dibuat terlebih dahulu.

“Saya tidak dapat buat keputusan hari ini. Kita perlu lihat undang-undang kita.

“Kalau masih ada peruntukan cuti dalam gazet, kita boleh bagi. Kalau tidak ada, kita boleh runding. Saya tidak ada masalah untuk berikan cuti tetapi kena ikut undangunda­ng,” katanya.

Bagi saya cuti tambahan untuk perayaan atau aktiviti utama di Sarawak seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina menggambar­kan kepelbagai­an agama serta budaya di negeri ini.

Tan Sri Datuk Amar James Masing

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama Sultan Hassanal Bolkiah serta tetamu kehormat lain.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama Sultan Hassanal Bolkiah serta tetamu kehormat lain.
 ??  ?? JAMES MASING
JAMES MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia