Utusan Borneo (Sarawak)

Kekuatan hubungan persaudara­an antara pelbagai agama di Sibu harus dikekalkan

-

SIBU: Kekuatan hubungan persaudara­an antara kepelbagai­an agama di bahagian ini harus dikekalkan, kata Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Katanya, ia boleh menjadi kunci kepada lebih ramai pengunjung datang ke bahagian ini.

“Dengan adanya jaminan keamanan dan perpaduan berbilang kaum, ia adalah satu tarikan kepada orang luar untuk bertandang ke tempat kita kerana ada keselamata­n yang terjamin,” katanya berucap pada Sambutan Krismas Antara Kepelbagai­an Agama Bahagian Sibu anjuran Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu di sini, semalam.

Hadir sama ialah Presiden Gereja Methodist Iban Sarawak Reverend Steward Damat, Presiden Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Sibu Manogaran Krishnasam­y, wakil Pertubuhan Buddha Sibu Lau Min Ming, Pengerusi Masjid An-Nur Sibu Latiff Coupon, pengerusi pengelola Agness Genu serta ahli-ahli ACS Cawangan Sibu yang lain.

Beliau berkata, keharmonia­n dan perpaduan berbilang kaum yang diamalkan oleh Sarawak adalah satu contoh kepada negeri-negeri malah negara luar.

“Sarawak dapat menjadi modul terbaik dalam mengukuhka­n perpaduan rakyatnya,” tegasnya.

Menurutnya, nilai-nilai murni sedemikian hendaklah terus dikekalkan dan diwariskan kepada generasige­nerasi akan datang.

Katanya, hanya dengan perpaduan dan keharmonia­n rakyatnya sahaja dapat menjamin negara yang makmur dan aman damai.

Sementara itu, beliau menggesa kumpulan pelbagai agama di bahagian ini agar terus bekerjasam­a menganjurk­an aktiviti yang berunsurka­n perpaduan berbilang kaum.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 orang daripada pelbagai gereja termasuk penganut Islam, Hindu, Buddha dan sebagainya dalam mengukuhka­n lagi silaturahi­m antara mereka.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Siaw (lima kiri) serta yang lain ketika memotong kek pada Sambutan Krismas Antara Kepelbagai­an Agama Bahagian Sibu, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Siaw (lima kiri) serta yang lain ketika memotong kek pada Sambutan Krismas Antara Kepelbagai­an Agama Bahagian Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia