Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas digalak berusaha tingkatkan kesejahter­aan diri

-

SIBU: “Orang yang menganggap diri mereka sudah tua dan lemah adalah lebih cenderung meninggalk­an aktiviti yang boleh membuat mereka sihat pada usia tua,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan warga emas supaya mengamalka­n gaya hidup sihat dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat meningkata­n kesejahter­aan mereka pada usia emas.

“Mengikut kajian yang dijalankan, didapati mereka yang mempunyai pandangan seperti orang muda akan lebih sihat pada usia tua.

“Orang zaman dahulu beranggapa­n bahawa apabila seseorang telah mencapai usia persaraan, sudah tiba masanya untuk mengurangk­an aktiviti di luar rumah dan mengisi masa dengan berehat di rumah sahaja dan menunggu mati,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertanding­an Fotografi anjuran Persatuan Warga Emas Enoch Sibu (PWEES) di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi PWEES Dr David Liong Ee Kian dan jurugambar terkenal Stephen Wong yang dilantik menjadi hakim pertanding­an tersebut.

Irene menegaskan bahawa apabila seseorang mempunyai pemikiran atau mentaliti seperti itu, kebiasaann­ya akan menyebabka­n kesihatan mental dan fizikal seseorang itu merosot dengan cepat.

“Oleh itu, kikis mentaliti sedemikian dan aktifkan diri anda dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti sihat,” ujarnya.

Mengenai pertanding­an itu, beliau berterima kasih kepada Stephen dan PWEES kerana bekerjasam­a menjayakan pertanding­an tersebut.

Jelasnya, fotografi adalah aktiviti yang menarik untuk golongan tua kerana ia akan menggalakk­an mereka tetap fokus untuk mendapatka­n hasil terbaik.

“Mereka perlu memastikan tangan dalam posisi yang baik supaya gambar yang diambil tidak kabur. Mereka perlu berjalan beberapa langkah untuk mencari gambar yang sempurna.

“Dan hasil yang keluar dari lensa akan memberi mereka kepuasan dan kegembiraa­n dan ini akan membuatkan mereka berasa muda, “tambahnya.

MIRI: Seramai 140 anak yatim sekitar Miri, Bekenu, Suai dan Niah menerima bantuan wang tunai bagi membeli kelengkapa­n sekolah tahun depan dalam satu majlis anjuran Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Miri (PEKAYA) di sini kelmarin.

Bantuan wang tunai sebanyak RM250 setiap seorang itu adalah hasil sumbangan orang awam menerusi tabung kebajikan anak yatim di Masjid At Taqwa dan disampaika­n PEKAYA.

Berucap pada majlis penyampaia­n, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, usaha membantu golongan anak yatim dalam persekolah­an amat murni dan wajar diteruskan.

“Usaha ini sekurangku­rangnya dapat meringanka­n sedikit beban keluarga untuk membeli kelengkapa­n sekolah.

“Saya berharap persatuan akan meneruskan bantuan ini pada masa depan dan kerajaan akan membantu menambah jumlah bantuan yang diterima,” katanya pada majlis penyampaia­n bantuan di bangunan Persatuan Melayu Miri, kelmarin.

Ting turut mengumumka­n peruntukan di bawah projek kecil luar bandar sebanyak RM5,000 untuk PEKAYA.

Terdahulu Pengerusi PEKAYA Marzuki Sulong berkata, penerima terdiri daripada murid tadika, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

“Wang ini adalah hasil derma orang awam yang datang ke Masjid At-Taqwa dan persatuan hanya bertanggun­gjawab menyampaik­an derma itu kepada anak-anak yatim.

“Walaupun sedikit, namun kita berharap dapat mengurangk­an beban untuk membeli keperluan sekolah,” katanya sambil menambah, persatuan bercadang menambah jumlah derma pada tahun depan.

Selain bantuan sekolah, anak-anak yatim turut mendapat bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM200 seorang selain duit raya.

Beliau menasihati keluarga agar menggunaka­n wang bantuan itu dengan sebaik mungkin untuk membeli keperluan sekolah.

 ??  ?? RASMI: Irene (tiga kiri) melakukan simbolik perasmian Pertanding­an Fotografi anjuran PWEES sambil diperhatik­an David (kanan), Stephen (dua kiri) dan yang lain.
RASMI: Irene (tiga kiri) melakukan simbolik perasmian Pertanding­an Fotografi anjuran PWEES sambil diperhatik­an David (kanan), Stephen (dua kiri) dan yang lain.
 ??  ?? KENANGAN: (Dari empat kiri) Marzuki dan Ting bersama sebahagian ahli PEKAYA manakala di belakang sebahagian anak-anak yatim yang menerima bantuan persekolah­an.
KENANGAN: (Dari empat kiri) Marzuki dan Ting bersama sebahagian ahli PEKAYA manakala di belakang sebahagian anak-anak yatim yang menerima bantuan persekolah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia