Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia raih Anugerah Khas Datuk Bandar Miri 2019

-

MIRI: “Kami akan terus berusaha dengan apa cara yang ada untuk cuba membuka kembali kes ini,” tegas Davy Kayong, adik bongsu kepada Allahyarha­m Mohd Hasbie Abdullah@Bill Kayong.

Davy berkata, adalah menjadi harapan besar keluargany­a agar kes pembunuhan Bill dibicara semula di mahkamah untuk memastikan dalang yang terlibat menerima hukuman sewajarnya.

“Kita tidak berpuas hati kerana hanya seorang disabitkan dalam kes ini.

"Jadi saya menyeru kepada rakan-rakan terutama Lawyer Kamek (Lawyer Kamek for Change) dari Kuching, YB Michael Teo (Ahli Parlimen Miri) dan rakan seperjuang­an lain terus berusaha mencari jalan bagaimana hendak menghidupk­an kembali kes ini.

"Itu harapan utama keluarga kami. Selagi dalangdala­ng masih bebas di sana, kami tidak akan berpuas hati,” jelas beliau berucap pada majlis menyalakan lilin memperinga­ti kematian Bill Kayong di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri di sini malam kelmarin.

Beliau menambah, ahli keluarga akan mendapat bantuan daripada wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuka semula kes siasatan.

Beliau tidak mahu ahli memandang rendah keupayaan parti memperjuan­gkan kes itu yang merupakan antara agenda utama parti dalam berkempen ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Itu yang dijanjikan sebelum pilihan raya yang lepas, jadi saya berharap apa yang kita uar-uarkan sebelum ini kita tunaikan.

"Biar pengorbana­n Bill terbela, tidak sia-sia," tegasnya.

"Sekiranya kita masih cakap-cakap tanpa sebarang tindakan, tiada guna.

"Kemungkina­n juga sebilangan penyokong kita akan muak kalau kita cuma pandai bercakap tetapi tidak melakukan,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya kes dapat dibuka semula, ia harus dibuat dengan teliti dengan bukti-bukti kukuh membawa dalang ke muka pengadilan.

Isteri Bill, Hasyikin Hatta, 44, berterima kasih kepada Dr Michael Teo yang juga ketua PKR Miri atas sokongan membantu keluarga dalam tempoh empat tahun sejak kematian Bill pada 2016.

Allahyarha­m merupakan bekas setiausaha kepada Dr Teo dan aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Sarawak.

“Hidup perlu diteruskan. Dr Teo banyak membantu saya dari segi kewangan. Ada juga bantuan daripada PERKESO, “ujarnya.

Beliau kini menjaga anak perempuan bongsu, Veralyna, telah tamat tingkatan lima sementara anak lelaki sulung, Zenadine Zidane, 21, telah bekerja.

“Harap kerajaan baharu akan beri keadilan untuk arwah. Yang bersalah harus mendapat hukuman.

"Yang penting keadilan. Saya mahukan keadilan," tegasnya.

MIRI: Syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia meraih Anugerah Khas Datuk Bandar iaitu anugerah utama yang diberikan sempena Anugerah Datuk Bandar Miri 2019 malam kelmarin, bagi mengiktira­f pencapaian cemerlang dan sumbangan penting syarikat itu kepada aspek ekonomi dan sosial di bandar raya ini.

Anugerah itu juga diberikan kepada AirAsia atas komitmenny­a dalam membantu meningkatk­an hubungan penerbanga­n domestik dan antarabang­sa ke dan dari Miri serta membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terbang dengan menghubung­kan Miri ke Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru serta Singapura melalui 101 penerbanga­n pergi dan balik ke Miri setiap minggu.

Hasil daripada peningkata­n hubungan yang disediakan oleh AirAsia, trafik penumpang di Lapangan Terbang Miri telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun dari 0.79 juta pada 1998 kepada 2.35 juta pada 2018.

Anugerah tersebut disampaika­n oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii kepada Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Kumpulan AirAsia

Datuk Abdul Aziz Abu Bakar pada majlis tersebut yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Selain AirAsia, sebanyak 13 penerima terdiri daripada syarikat korporat dan swasta, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu, diberikan Anugerah Datuk Bandar Miri 2019.

Dua syarikat korporat yang turut diiktiraf sumbangan mereka dalam membangun dan memajukan Miri sebagai sebuah bandar raya peranginan dan bandar raya yang mesra alam dan masyarakat, iaitu Dayang Enterprise

Holdings Berhad dan Pantai Bayu Indah Sdn Bhd yang memajukan Taman Marina Parkcity.

Dayang Enterprise Holdings Berhad diwakili pengasasny­a Datuk Ling Suk Kiong manakala Pantai Bayu Indah Sdn Bhd diwakili Pengarahny­a Troy Yaw.

Penerima Anugerah Datuk Bandar yang lain ialah Unity Dance Academy bagi Pelanconga­n (Tarian Kebudayaan); EV Photo bagi Pelanconga­n (Publisiti Digital); Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri bagiPelanc­ongan(Kebudayaan dan Makanan) serta Fun Borneo

Sdn Bhd (Coco Cabana) bagi Pelanconga­n (Acara Sukan dan Penganjur).

Bagi kategori pendidikan, dua penerima yang berjaya ialah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri.

Sementara penerima Augerah Datuk Bandar bagi kategori individu ialah Boon Foo Ping (Kebajikan Sosial); Kaunselor Karambir Singh (Khidmat Masyarakat); Anderson Kalang (Bario - Pelanconga­n Muzik Peribumi) dan David Labang (Bario - Pengembara­an dan Alam

Sekitar).

Lebih 500 tetamu terdiri daripada penerima, wakil syarikat, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat serta wakil pertubuhan­pertubuhan bukan kerajaan di sini menghadiri majlis berkenaan.

Turut hadir menyaksika­n penyampaia­n anugerah tersebut ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Sebastian Ting; Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni serta pengerusi penganjur Kaunselor Abdullah Jaini.

 ??  ?? DIIKTIRAF: Adam (empat kiri) menyerahka­n Anugerah Khas Datuk Bandar Miri 2019 kepada Abdul Aziz sambil disaksikan yang lain.
DIIKTIRAF: Adam (empat kiri) menyerahka­n Anugerah Khas Datuk Bandar Miri 2019 kepada Abdul Aziz sambil disaksikan yang lain.
 ??  ?? SUGUL: Hasyikin yang turut hadir pada upacara menyalakan lilin memperinga­ti kematian suaminya malam kelmarin.
SUGUL: Hasyikin yang turut hadir pada upacara menyalakan lilin memperinga­ti kematian suaminya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia