Utusan Borneo (Sarawak)

Hari terbuka kukuh persefaham­an antara penganut agama

Hari terbuka masjid memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam melawat masjid dan memahami ajaran Islam

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Hari terbuka masjid yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation, memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam melawat masjid serta memahami ajaran Islam.

Pengurus Hidayah Centre Foundation Fathurahma­n Osman berkata, hari terbuka berkenaan yang diadakan di Masjid India Bandar Kuching di sini, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, kaum serta agama.

“Program ini bertujuan mengukuhka­n persefaham­an antara penganut agama di mana kami menjemput penganut agama lain melawat masjid dan memahami Islam.

“Usaha ini sudah tentu dapat membantu dalam keharmonia­n agama sekali gus menyemai sikap saling memahami serta merapatkan hubungan dengan penganut agama lain,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Insiatif itu juga kata Fathurahma­n, antara lain untuk memperkena­lkan Masjid India Bandar Kuching sebagai salah satu tarikan pelanconga­n baharu di bandar raya ini kepada pengunjung dalam dan luar negara.

“Umum mengetahui Masjid India Bandar Kuching siap dibina dan dirasmikan pada 1 Mac 2019, bagi menggantik­an Masjid India di Jalan Gambier di sini yang terletak di lorong unik kerana saiz lorong yang kecil dan sempit.

“Ia merupakan antara masjid tertua di Sarawak yang dibina pada 1834. Oleh itu, kita mengambil pendekatan mengadakan program sebegini bagi memperkena­lkan warisan dan sejarah bangunan bersejarah selain mengukuhka­n keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum di Sarawak,” jelasnya.

Menurut beliau, antara aktiviti yang disediakan bagi menjayakan hari terbuka itu adalah lawatan dalam dan luar masjid, penerangan tentang cara pengambila­n wuduk, pemeriksaa­n kesihatan dan banyak lagi.

“Kami harap dengan penganjura­n hari terbuka masjid yang julung kali diadakan ini akan dapat meningkatk­an kesedaran komuniti setempat dan pelancong tentang Islam serta mewujudkan keharmonia­n hidup bermasyara­kat di negeri ini,” ujarnya.

Fathurahma­n berkata, Hidayah Centre Foundation berhasrat memperheba­tkan lagi program hari terbuka masjid itu pada masa depan.

Program Hari Terbuka Masjid India Bandar Kuching turut dianjurkan bersama Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching serta dibantu seramai 25 sukarelawa­n daripada pelbagai agensi Islam dan bukan Islam

Program ini bertujuan mengukuhka­n persefaham­an antara penganut agama di mana kami menjemput penganut agama lain melawat masjid dan memahami Islam.

Fathurahma­n Osman

Pengurus Hidayah Centre Foundation

 ??  ?? PENGANJUR: Fathurahma­n (kiri) bersama sukarelawa­n merakam kenangan pada program Hari Terbuka Masjid India Bandar Kuching semalam.
PENGANJUR: Fathurahma­n (kiri) bersama sukarelawa­n merakam kenangan pada program Hari Terbuka Masjid India Bandar Kuching semalam.
 ??  ?? AKTIVITI: Pemeriksaa­n kesihatan juga diadakan pada program Hari Terbuka Masjid India Bandar Kuching
AKTIVITI: Pemeriksaa­n kesihatan juga diadakan pada program Hari Terbuka Masjid India Bandar Kuching

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia